Kek Chocolate Premium Ni Dapat Sepotong Puas Makan

Share

Ada tetamu yang nak datang ke rumah hujung minggu nanti.Boleh hidang kek sebagai pemanis mulut.Nak buat kek yang berperisa enak, bahan-bahan yang digunakan juga premium.Hidangkan mereka dengan kek dari air tangan anda sendiri. Pasti tetamu balik dengan rasa puas hati.

Kek Chocolate Premium

Bahan-bahan kek:
6 biji telur
1 cawan gula
1 sudu besar ovalate
1 sudu besar esen vanila
2 sudu besar emulco coklat
2 cawan tepung gandum ayak dengan + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu besar soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
Cara memasak:

1.Masukkan dalam mangkuk.Semua bahan kecuali tepung gandum.
2.Mix sampai gebu masukkan tepung.
3.Masukkan 1/2 cawan air panas.
4.Mix sebati, matikan mixer dan masukkan 1 cawan minyak masak.
5.Mix sebati guna loyang yang boleh bukak bawah 9×9 lapik dengan baking paper keliling loyang.
6.Isi separuh bekas dan kukus 50 minit atau bakar suhu 180 masa 55 minit.
Kalau nak moist guna kaedah water bath tapi masa membakar jadi 1 jam 10 minit.

Topping ganace
500g Beryls coin
500ml whipping dairy anchor
30g gelatin
Cara membuat:
1.Panaskan whipping atas api sampai berwap dan tuang dalam coklat coin tadi.
2.Kemudian masuk gelatin dan whisk sampai pekat.Biarkan 10-20 minit.
3.Kek yang dah masak tadi bila masak jadi 3/4 bekaskan, tuang ganace yang dah mula pekat tadi sampai menutupi kek,
masuk kek dalam chiller 2 jam.
4.Keluarkan dan letak loyang atas 2 biji cawan di bawah turunkan loyang ke bawah dan tarik baking paper.
*Pisau rendam air panas dan potong tepi-tepi kek supaya kemas,potong ikut suka korang,
pastikan setiap kali potong, layur pisau pada api atau rendam air panas dan lap baru potongkan.

5.Siap untuk dihidang.

Kredit:Azlina Ina Fans

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN