Ads

Kek Butter Lembap, Padat, Gebu, Resipi Mudah & Confirm Jadi

Kek butter lembap padat gebu ini memang sesuai untuk penggemar kek klasik. Teksturnya yang gebu, padat dan cukup lembap menjadikannya pilihan terbaik untuk minum petang bersama keluarga.

Paling menarik, resipi ini hanya menggunakan bahan asas yang ada di dapur. Kalau nak lebih menarik, boleh jadikan kek marble dengan selang-selikan adunan koko dan adunan asal. Hasilnya bukan sahaja sedap, tapi juga cantik bila dipotong.

Resipi Kek Butter Lembap Padat Gebu

Kek Butter Lembap, Padat, Gebu, Resipi Mudah & Confirm Jadi

Bahan-Bahan 

1 cawan mentega
½ cawan gula halus (boleh kurangkan ikut citarasa)
5 biji telur gred A/B
1 cawan susu pekat manis
½ cawan susu full cream / susu cair
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4–5 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu besar emulco coklat.

Cara Penyediaan Kek Butter Lembap

1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul.

Ads

3. Masukkan susu pekat dan susu cair, pukul sederhana.

Kek Butter Lembap, Padat, Gebu, Resipi Mudah & Confirm Jadi

4. Masukkan tepung gandum bersama baking powder, kacau perlahan hingga sebati.

5. Jika mahu buat marble, bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian masukkan serbuk koko.

Ads

6. Tuang adunan selapis demi selapis secara berselang untuk dapatkan corak marble.

7. Bakar pada suhu 150°C selama 50 minit (masa bergantung pada oven masing-masing).

8. Uji dengan lidi,  jika keluar bersih, kek sudah masak.

INFO

Ads
  • Untuk kek lebih wangi, boleh tambah sedikit esen vanilla
  • Jangan terlebih pukul tepung, cukup sekadar sebati.

Kredit Resipi & Foto: Mohd Kholil Musa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Kek Butter Lembap, Padat, Gebu, Resipi Mudah & Confirm Jadi

Dapatkan Tepung Kek Sekarang

Baking lebih senang dengan Tepung Kek ni. Confirm naik elok setiap kali!

Beli Sekarang

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Peniaga AYAM GUNTING Kongsi Resipi & Cara Buat Serbuk Tabur Yang...

Sebenarnya boleh sediakan sendiri ayam gunting ini di rumah dengan taburan serbuknya sekali. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ini.Menurut lelaki ini, resipi ayam gunting tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri yang dia gunakan untuk meniaga.