Kek Buah Versi Bakar Dan Berpati Oren, Resipi Ni Mudah Dibuat.

Share

Kek buah memang paling legend dalam koleksi kek raya. Memang evergreen lah, langsung tak tergugat kedudukannya walaupun di tengah kemeriahan pelbagai kek moden kini.

 

Kek buah versi bakar berwana kuning kek mentega ini istimewa, dengan aroma pati oren dan rasa oren vanilla yang super sedap. Resepi dari Hadiyana Che Halim

ini memang terjamin lazat untuk dicuba.

KEK BUAH DENGAN PATI OREN

BAHAN-BAHAN :

  • 400gm mentega/majerin
  • 1 ¹/² cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh ovelet
  • 3 ¹/² cawan tepung naik sendiri | diayak
  • 2 cawan campuran buah
  • 1 sudu esen vanila
  • 3 sudu besar oren sunquik

*campuran buah rendam sekejap dengan air suam dan toskan , kemudian gaulkan dengan tepung. Kalau tak nak pun takpe, gaul aje dengan tepung supaya tak melekat buah-buah tu.

CARA MEMASAK :

  1. Satukan mentega, gula dan ovelet dan pukul sampai kembang.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan oren sunquick
  3. Kemudian masukkan tepung, kacau guna spatula, masukkan buah dan tinggalkan sedikit untuk tabur di atas adunan.

4. Masukkan dalam loyang saiz 9 x 9. Taburkan baki buahan campuran .

5. Panaskan oven dalam 10 minit, dan bakar dalam suhu 170 darjah Celsius dalam 45-50 minit. Ikut jenis oven masing-masing.

Kredit : Hadiyana Che Halim , FB : Sheila Rusly Fans

IKLAN