Kek Apam Coklat Yang Moist Gebus Gebas, Ikut Resipi Ini Confirm Jadi

Share

Resepi Kek Apam Coklat yang sangatlah mudah dan mesti jadi. Gebu, lembut dan paling penting tiada bau hanyir telur. Siapa yang rasa mesti suka. Memang gebu yakmat. Seperti biasa kanak-kanak pasti teruja. Mesti wajib cuba. Tak menyesal punya. Mudah, jimat dan pasti sedap. Nah ini resipi buat Kek Apam Coklat yang dikongsikan oleh Shida Ambok

RESIPI KEK APAM COKLAT

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula – BELI ONLINE
1 cawan marjerin – BELI ONLINE
1 cawan susu cair – BELI ONLINE
3 biji telur gred A
1 ¼ cawan tepung gandum – BELI ONLINE
1 sudu kecil baking powder – BELI ONLINE
1 sudu kecil baking soda
1 tutup perisa vanilla

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.

2. Panaskan dengan api sederhana. Ini sekadar bertujuan untuk larutkan bahan sahaja. Masukkan telur diikuti dengan perisa vanilla. Tutup api dan biar sejuk.

 

 

3. Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama.

4. Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati.

5. Sapukan majerin pada acuan.Tuang adunan dalam acuan.

6. Panaskan air kukusan hingga menggelegak. Kukus 30 minit.

7. Keluarkan kek dan potong. Sedia untuk dimakan.

 

Sumber kredit: Shida Ambok

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN