Kaya Ball Gebu Memang Tak Cukup Satu

Share

Dah lama idam nak buat kaya ball ni. Kalau beli pun macam tak puas makan. Sekali hadap jer dah habis. Acuan takoyaki yang terperuk lama inilah masa nak gunakan. Bolehlah rasmikan , bahan-bahan pun cukup.Anak-anak pun dah minta lama nak buat kaya ball ni.

KAYA BALL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 sudu besar baking powder-BELI ONLINE DI SINI
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 cawan susu segar (dari 1 cawan kena kurangkan 2 sudu besar) –
  • Dutch lady Full-cream
  • 1 biji telur gred A – dikacau dulu
  • 2 sudu besar butter – dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
  • Inti kaya – masuk dalam piping bag

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan atas.
2.Gaul rata hingga sebati.Kalau masih berketul-ketul, kisar tapi sekejap saja.
3.Tuang adunan itu dalam botol muncung satu
4.Biarkan seketika dalam 10 minit.
5.Panaskan acuan tadi dengan api perlahan.Sapu sedikit minyak.
6.Tuang sedikit adunan. Masuk inti kaya dan tutup semula adunan atasnya.
7.Tutup dengan penutup periuk.
8.Biarkan hingga naik gebu dan keperangan.Terbalikkan dan biarkan hingga masak

Kredit: Zura Zul

ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR? BOLEH LIHAT DI SINI.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN