Karipap Inti Sardin, Sedap Intinya Dan Rangup Kulitnya

Share

Karipap boleh dikatakan kuih kegemaran ramai. Di mana-mana sahaja gerai yang menjual sarapan atau minum petang, lazimnya ada menyediakan karipap untuk jualan. Pastinya, kuih ini memang laris habis terjual.

Antara karipap berintikan kentang dan sardin, mana satu pilihan ramai? Untuk resipi kali ini, Zaza Rahman sudi berkongsikan cara-cara membuat karipap sardin yang sangat sedap. Kalau nak tahu betapa sedapnya, jom kita buat.

KARIPAP SARDIN

BAHAN-BAHAN:

(INTI SARDIN)

2 tin sardin besar (Ambil isi dan lenyekkan) – Boleh beli online di sini

2 labu bawang besar

3 biji bawang kecil – Boleh beli online di sini

3 sudu cili boh (guna jenama Puteri, jadi tak perlu letak asam  – nak pedas boleh lebihkan)

1 sudu kecil cili padi kisar (optional) – Boleh beli online di sini

Minyak masak (untuk menumis)

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Tumis bawang yang telah dihiris dadu.

Masukkan cili boh dan masukkan sardin.

Masak sehingga sedikit kering. Sejukkan inti seketika.

(KULIT KARIPAP)

1 kg tepung gàndum

9 sudu besar marjerin Pelangi (anggaran 240gm)  – Boleh beli online di sini

425(+-)ml air sejuk (air Coway je senang)

1 sudu kecil garam halus

CARA MEMASAK:

Gaulkan tepung, garam dan marjerin sehingga jadi macam serbuk roti.

Kemudian, masukkan air dan uli sampai tak melekat pada tangan.

Untuk buat karipap, saya timbang 20gm setiap satu doh.

Masukkan inti sardin dan kelim tepinya seperti biasa.  

Kemudian, bolehlah digoreng sehingga masak dengan api sederhana kecil.

Selamat mencuba.

Bukan karipap oksigen. Penuh inti sardinnya. 

Kredit: Zaza Rahman

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN