Kari Telur Ala Mamak merupakan antara lauk ringkas tetapi sangat digemari ramai kerana rasanya yang kaya dengan rempah, kuah pekat dan aroma yang cukup menyelerakan. Walaupun menggunakan bahan yang mudah dan murah, cara masakan ala mamak inilah yang menjadikan kari telur terasa lebih padu dan istimewa.
Berbeza dengan kari telur biasa di rumah, Kari Telur Ala Mamak dimasak dengan teknik tumisan cili kering dan rempah yang dipecahkan minyak beberapa kali. Teknik ini penting untuk menaikkan rasa kuah supaya lebih berlemak, berempah dan tahan lama tanpa rasa mentah rempah.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga wangi dan sedikit garing. Angkat dan toskan. Ketepikan untuk digunakan di akhir masakan.
Dalam minyak yang sama, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Seterusnya masukkan pes halia, pes bawang merah dan pes bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan daun kari dan kacau rata supaya aroma daun kari keluar sepenuhnya.
Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau sehingga rempah sebati dengan bahan tumisan dan tidak berketul.
Tambahkan sedikit air dan biarkan kuah mendidih sehingga pecah minyak. Ulang proses tambah air dan pecah minyak ini sehingga tiga kali untuk mendapatkan kuah Kari Telur Ala Mamak yang benar-benar pekat dan berempah.
Masukkan ubi kentang yang telah dipotong kecil. Gaul rata dan biarkan kentang masak sehingga lembut. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
Periksa kentang menggunakan pisau. Jika sudah empuk, masukkan sedikit lagi air mengikut kepekatan kuah yang diingini dan masukkan telur rebus.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau perlahan supaya telur tidak hancur.
Akhir sekali, masukkan cili kering yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan tutup api.
Kari Telur Ala Mamak kini sedia untuk dihidangkan dan dinikmati bersama nasi panas atau roti canai.
Petua Supaya Kari Telur Ala Mamak Lebih Sedap
Untuk mendapatkan rasa ala kedai mamak yang sebenar, pastikan anda menggunakan serbuk kari berkualiti dan menumis rempah sehingga betul-betul pecah minyak. Proses ini tidak boleh dipercepatkan kerana ia menentukan rasa akhir Kari Telur Ala Mamak. Kentang pula membantu memekatkan kuah secara semula jadi dan memberi rasa lemak yang seimbang.
Hidangan ini sangat sesuai dimakan bersama nasi putih, roti canai atau roti jala. Walaupun ringkas, Kari Telur Ala Mamak tetap menjadi lauk kegemaran ramai kerana rasanya yang padu dan mengenyangkan.
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kadangkala masakan yang simple seperti sup telur suhun ini cukup memberi kesempurnaan dalam hidangan. Menurut Yatie Kitchen resipi inspirasi dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. simple,mudah dan sedap. Junjung Kasih Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah atas resipi ini.
Yatie juga berkongsi tip untuk elakkan suhun dari kembang , masukkan di akhir masakan, jangan direndam suhun, hanya bilas dengan air .Semua orang boleh kongsikan resipi tak semua orang akan kongsi tip bagaimana nak bagi masakan tu elok kejadiannya. Bolehlah buat untuk masakan tengah hari atau malam nanti.
SUP TELUR SUHUN
Bahan-bahan:
1 biji bawang merah-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris nipis
3 biji telur
1 ikat suhun ( jangan direndam )
500ml air
2 tangkai daun sup/ daun bawang
Perasakan dengan mushroom seasoning-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak :
1.Tumis bawang merah dan bawang putih ,tumis sampai garing.
2.Masuk air, mendidih jer ditutup api baru pecahkan telur , tip supaya telur putih tak berterabur selepas 5 minit dah agak-agak telur tu masak baru hidupkan api.
3.Apabila mendidih terus tutup api, baru masuk suhun dan daun sup/ bawang.
Sambal telur hancur adalah lauk paling senang nak dimasak ketika dah tak ada idea nak masak apa. Rasanya pedas dan cukup berperisa. Boleh dimakan dengan nasi panas mahupun lempeng. Boleh juga dimakan dengan roti.
SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN TUMIS
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (mayang kasar)
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (gunting & rendam air panas )
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
BAHAN PERASA
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Gula
BAHAN LAIN
4 biji telur ayam
1 sudu bawang goreng (optional)
CARA MEMASAK
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bawang merah.
3. Masukkan Bahan Kisar dan tumis sampai terbit minyak. Gunakan api sederhana.
4. Sambal sudah garing boleh masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
5. Kecilkan api bila sambal sudah terbit minyak. Tumis dalam 4 minit lagi.
6. Bila sambal garing, masukkan telur. Kacau telur perlahan dengan api sederhana.
7. Sudah masak boleh taburkan dengan bawang goreng.
Masakan harian tidak semestinya yang susah. Lauk yang simple pasti menjadi rebutan. Biasanya untuk hidangan makan tengah hari atau malam lebih gemar satu lauk berkuah dan bergoreng sudah memadai. Lagi ringkas dapat hidangan nasi goreng sudah lengkap untuk hidangan. Apa yang penting ia boleh mengenyangkan perut. RASA bariskan menu harian yang pasti keluarga menyukainya.
KARI AYAM Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM18
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang. 2.Masukkan rempah 4 sekawan. 3.Agak bawang telah wangi dan keperangan masukkan rempah yang telah digaul sedikit dengan hirisan bawang. 4.Masukkan daun kari & daun pandan. 5.Masak sehingga pecah minyak. 6.Masukkan kentang. 7.Masukkan ketulan ayam. 8.Tambahkan sedikit air dan renehkan sehingga ubi empuk dan ayam masak. 9.Masukkan bahan perasa. 10.Masukkan santan. 11.Masak sehingga kuah agak pekat. 12.Siap untuk di hidangkan.
INFO: Santan di dalam masakan ini boleh digantikan dengan kerisik. Boleh menambah kerisik bersama santan. Penggunaan kerisik dapat membuatkan kuah kari menjadi lebih pekat beraroma dan lazat.
UDANG MASAK SOS TIRAM
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM18
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Udang digaul dengan kunyit dan sedikit garam.Goreng sehingga garing. 2.Masukkan hirisan bawang dan halia. 3.Masukkan sos tiram dan sedikit sahaja air. 4.Gaul hingga sos sebati dengan udang. 5.Masukkan asam keping. 6.Masukkan gula. Sesuaikan rasanya. 7.Angkat dan taburkan hirisan bawang Holland. 8.Siap untuk dihidangkan.
SOTONG MASAK ASAM
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Di dalam kuali, goreng hirisan kentang sehingga garing dan ketepikan. 2.Di dalam minyak yang sama, tumis semua bawang dan halia. 3.Masukkan air asam jawa. 4.Sesuaikan rasa garam & gula. 5.Masukkan sotong dan masak seketika. 6.Setelah masak, masukkan hirisan kentang goreng tadi dan gaul rata. 7.Masukkan tomato dan cili padi. 8.Masukkan daun sup dan daun bawang. 9.Sedia untuk dihidangkan.
INFO : Untuk mengelakkan isi sotong menjadi liat, sotong hendaklah dimasak tidak terlalu lama.
NASI GORENG CILI KERING
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Hidangan utama Keistimewaan: Pedas menyelerakan Anggaran kos: RM 8.00
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan. 2.Goreng lobak masin dan ketepikan. 3.Cabai kering direndam di dalam air panas terlebih dahulu dan ditumbuk kasar. 4.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. 5.Setelah naik bau, masukkan cili kering yang ditumbuk tadi. 6.Masukkan cili padi . 7.Masukkan telur dan gaul sehingga telur agak garing. 8.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula. 9.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. 10.Masukkan ikan bilis dan lobak masin yang digoreng tadi. Gaul lagi sehingga sebati. 11.Siap untuk dihidangkan.
BUBUR NASI DAGING
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM10
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK 1: 1.Di dalam periuk, masukkan beras bersama bahan bertanda *. 2.Masak sehingga beras lembut menjadi seperti bubur. 3.Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. 4.Setelah itu, masukkan kentang, lobak merah, cili padi, tomato. 5.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 6.Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan bawang. 7.Taburkan bawang goreng. 8.Siap untuk dihidangkan.
ATAU CARA MEMASAK 2: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai. 2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup. 3.Masukkan kentang. 4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi. 5.Setelah kentang empuk, masak seketika. Sesuaikan rasa. 6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup. 7.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Satu lagi kaedah membuat bubur nasi adalah dengan cara nasi dikisar halus bersama kuah sup yang telah dimasak terlebih dahulu.Kaedah ini lebih menjimatkan masa tetapi rasanya tidak sesedap bubur nasi yang direbus sehingga menjadi bubur.
NASI GORENG SARDIN
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Hidangan utama Keistimewaan: Pedas menyelerakan Anggaran kos: RM 8.00
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak. 2.Tumis bawang merah dan bawang putih. 3.Masukkan cili padi. 4.Masukkan sardin berserta sosnya. 5.Hancurkan isi ikan sardin dan kacau rata. 6.Pecahkan telur, masak hingga garing. 7.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula. 8.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati 9.Goreng sehingga nasi menjadi berderai. 10.Siap untuk di hidangkan.
SUP SOTONG BERSERAI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai. 2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup. 3.Masukkan kentang. 4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi. 5.Setelah kentang empuk, masukkan sotong. Masak seketika, Sesuaikan rasa. 6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup. 7.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Selain sotong, masakan sup ini juga sesuai untuk udang dan juga ketam.
TELUR MASAK KICAP CILI PADI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas Anggaran kos: RM8
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Telur digoreng mata kerbau dan ketepikan. 2.Panaskan minyak, tumis hirisan bawang. 3.Masukkan cili padi dan hirisan tomato. 4.Masukkan kicap pekat manis bersama sedikit sahaja air. 5.Masukkan telur mata tadi, tumis sehingga telur mesra bersama kuah kicap. 6.Masukkan bawang besar. 7.Angkat dan taburkan daun bawang. 8.Siap untuk dihidangkan.
IKAN BILIS LADA BERSAMA PETAI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Kisar cili padi dan bawang merah. 2.Goreng ikan bilis dan ubi kentang sehingga garing. 3.Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan blender. 4.Masukkan asam keping. 5.Masukkan bahan perasa, garam & gula. 6.Tumis sehingga sambal garing. 7.Masukkan petai. 8.Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. 9.Siap untuk dihidangkan. Masakan ini tidak perlu lagi ditambah garam dan gula kerana rasanya sedia terdapat daripada kicap yang digunakan.
INFO: Petai yang dipotong bersama kulit perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu bagi mengelakkan petai berasa kelat semasa proses memasak.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Sebenarnya boleh sediakan sendiri ayam gunting ini di rumah dengan taburan serbuknya sekali. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ini.Menurut lelaki ini, resipi ayam gunting tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri yang dia gunakan untuk meniaga.