Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam yang menggunakan telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur masin tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi iaitu saudara Are Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B – basuh bersih dan keringkan.
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
Ads
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk. Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya. Jangan guna air garam yang masih panas kerana ia hanya akan merosakkan telur.
3. Masukkan telur yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas bersesuaian. Sebaiknya bekas plastik yang mempunyai penutup. Tuang air garam hingga paras menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan telur masin anda di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Ia bagi mengelakkan telur terlebih masin. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
Ads
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Jom! lari dari masakan telur yang biasa. Goreng telur mata kerbau masak berkuah tomyam yang super sedap. Nampak ringkas tapi memang puas hati bila poket mula sesak.
TOMYAM PEACH TELUR MATA KERBAU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (digoreng mata kerbau separuh masak)
4 batang sosej (potong 4 bahagian)
1 bungkus cendawan enoki
2 biji tomato belah 4
BAHAN B (MENUMIS):
1 bawang besar holland (dimayang halus)
3 biji bawang putih diketuk
3 tangkai cili padi
halia
BAHAN-BAHAN
2 btg serai dititik
4 helai daun limau purut
2 ketul stock tomyam
1 sudu kecil jus limau nipis
1 sudu mkn susu pekat manis
daun ketumbar
garam n perasa
CARA MEMASAK
Panaskan sedikit minyak kemudian masukk bahan menumis. Tumis sehingga wangi dan jangan garing sampai kehitaman.
Kemudian masukk air dan bersama bahan-bahan lain. Tunggu sehingga mendidih.
Sudah mendidih masukk bahan A. Biar seketika. Rasa semua sudah sedap masam-masam manis boleh tutup api.
Kalau nak makan sesuatu yang pedas untuk berbuka puasa, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Dah bosan makan ayam, harini cuba masak telur puyuh pula! Resipi telur puyuh balado ni saya jumpa dekat Facebook yang dikongsikan oleh Azlin Salleh. Memang lain macamlah resipi ni sebab guna pes tomyam, selalu guna orang tumis dengan sambal je kan. Rasa telur puyuh ni ada masam-masam manis hihi sedap! Kalau tak percaya mehh cuba resipi ni, mudah dan cepat je siap makan dengan nasi panas.
TELUR PUYUH BALADO SAWADIKAP
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (direbus dan digoreng)
Segenggam cili padi (ikut kepedasan)
1/2 bawang besar
3 ulas bawang putih
Pes tomyam
Sos ikan
Serai (di ketuk)
Perisa
Sos tiram
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar atau tumbuk cili, bawang besar, bawang putih dan serai. Tumis sehingga naik bau.
2. Lepas tu masukkan pes tomyam dalam 1/2 sudu besar, sos tiram, sos ikan dan bahan perisa.
3. Bila dah sedang elok rasa masukkan air sedikit untuk ada kuah. Lepas tu boleh masukkan telur. gaul sekata.
Siap
* boleh masukkan hirisan bawang besar dan daun purut untuk naikkan aroma lagi.
Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak....