Kari Sotong Pisang Muda, Lauk Patut Korang Cuba

Share

Selalunya pisang muda dijadikan campuran dalam kari kaki ayam atau kari daging. Tapi kali ni, kita cuba gunakan sotong pula. Nampak macam pelik, tapi rasanya sedap juga. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Zurinah Isa di facebook.

KARI SOTONG PISANG MUDA

BAHAN-BAHAN
6 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar rempah kari ikan
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
6 biji pisang muda (siat kulit dan potong 2)
3 ekor sotong (potong bulat)
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa.

CARA MEMBUAT
1. Bawang merah dan bawang putih digaul dengan rempah kari. Jadikan pes.
2. Panaskan minyak masak.
3. Tumis hirisan bawang merah. Masukkan daun kari.
4. Kemudian masukkan pes bawang dan serbuk kari. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan pisang dan sotong. Gaul sebati. Tuangkan sedikit air.
6. Masukkan santan biarkan mendidih.
7. Apabila sotong dan pisang sudah masak, masukkan garam. Boleh matikan api.

Selamat mencuba!

Resipi Oleh Zurinah Isa

IKLAN