
Menu kari kambing memang sinonim dengan kaum India untuk santapan sekeluarga. Enak dimakan dengan tosai,capati, nasi putih atau nasi briyani. Ada caranya untuk buat kari kambing ‘Indian Style’ yang pekat, likat dan penuh aroma rempah ratus ni.
Caranya dikongsi sendiri oleh Sheena Supramaniam. Bagusnya, beliau turut berkongsi cara yang dipraktikkan untuk menghilangkan bau hamis daging kambing sebelum dimasak.
1kg – 1.5kg Daging Kambing
(Hilangkan bau hamis, cuci dengan serbuk kunyit yang banyak, sebanyak 4 kali)
Rempah 4 sekawan
Jintan manis
Daun kari
1 sudu besar Serbuk Kunyit
Air secukupnya
Tomato (belah 4)
3-5 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu Serbuk Cili
kentang
Garam secukup rasa
10 ulas bawang putih
4 – 5 ketul halia saiz ibu jari
6 hingga 10 biji bawang kecil dalam
2 batang cili hijau
1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan bersama jintan manis dan daun kari.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan daging kambing.
4. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
5. Masukkan air, sukatan agak-agak sampai daging kambing tenggelam separuh. Kalau air dah kering tapi daging belum masak, boleh tambah air lagi kemudian.
6. Bila sudah mendidih masukkan tomato.
7. Alihkan dalam periuk dan tutup. Cara ini klasik dan cepat masak. Guna api sederhana, setiap 15-20 minit buka dan kacau. Selepas daging masak boleh ikut langkah seterusnya.
8. Masukkan serbuk kari ayam/daging dalam (boleh guna jenama Rajas, Alagappas atau Lingams). Masukkan juga serbuk cili ikut selera masing-masing.
9. Masukkan kentang diikuti dengan garam.
10. Kemudian akhir sekali masukkan lagi tomato. Tomato yang dimasuk awal tadi sudah hancur dan sebati dalam kari. Ia akan pekat dan beri rasa masam-masam dalam kuah. Tomato ini akan nampak bentuknya.
Biarkan seketika dan tutup api. Boleh hidangkan.
Siap! Selamat Mencuba.
Kredit resepi dan foto: Sheena Supramaniam
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: