Kari Ayam Vietnam Cukup Ramuan Gerenti Bertambah Makan

Share

Walaupun kita dah lama tak ke mana-mana, tapi lauk pauk kita biarlah sekali sekali bertaraf ‘international’ . Barulah feeling tu rasa happy dan berbunga selalu. Masakkan untuk family dengan menu Kari Ayam Vietnam ni. Kuahnya tak perlu pekat sangat. Makan dengan nasi panas-panas memang laju jer nak menambah.

KARI AYAM VIETNAM

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dipotong sukahati besarnya)


3 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar cili kering kisar atau serbuk cili-BELI ONLINE DI SINI
4 helai daun bay
2 serai (dipotong serong)
1 biji bawang besar merah(dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji ubi kentang (potong6)
1 biji lobak merah (potong membulat)
170ml santan-BELI ONLINE DI SINI
Stok ayam secukupnya
Minyak
Garam dan gula

Cara membuatnya:
1.Gaul ayam bersama serbuk kari dan sos ikan dan perap selama dua jam.


2.Panaskan sedikit minyak dan goreng manja ayam tersebut. Searkan sahaja ye. Angkat dan ketepikan.
3.Kalau minyak dah kotor, ganti minyak lain.

4.Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sehingga wangi.
5.Masukkan cili kisar dan serai.
6.Tuangkan lebihan kari dari perapan tadi .
7.Masukkan ubi kentang, lobak merah, daun bay dan stok ayam.
8.Bila dah agak separuh lembut, masukkan ayam.
9.Perasa dengan garam dan gula. Boleh tambah sos ikan lagi jika mahu.
10.Bila mendidih, masukkan santan.
11.Masak sehingga ubi , lobak merah dan ayam masak.
Kredit : #kakyan #azianhasan

IKLAN