Kisah perjuangan melawan kanser kali ini adalah dari Mohamad Hanafiah Abd Malek, Pendakwah Bebas berkhidmat sebagai Penasihat dan Penaung NGO Global Ehsan Relief Malaysia dan Pakar Motivasi yang cukup dikenali dengan panggilan Ustaz Hanafi.

Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan & Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah.

Jurulatih Silat Gerak Pusaka Malaysia dan Chi Kong ini pernah memenangi tempat ketiga dalam ‘Free Fight Martial Art Dunia, di Thailand. Juga pernah meraih tempat kedua Perlawanan Tenis di Melaka. Tokoh ulama dan dakwah 2019 dengan anugerah pendakwah bermotorsikal dari kerajaan 2018/2019 ini adalah Presiden Sifu Bikerz Malaysia (penunggang motorsikal berkuasa tinggi).

Memang lumrahlah diari hidupnya sentiasa aktif dan padat dengan aktiviti riadah dan sukan di samping menyampaikan ceramah agama dan motivasi.

Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan & Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah.

Tetapi Allah lebih mengetahui mengapa beliau “terpilih” menghadapi ujian kanser walaupun menjalani gaya hidup aktif dan kerap membuat riadah dan senaman di gymnasium. Bukan satu tetapi dua jenis kanser, limfoma dan usus hingga menyebabkan dirinya perlu mengalami pembedahan untuk membuang kanser dan ususnya pula dipotong sebanyak 1.4 meter, mencatat sejarah perubatan sebagai antara usus paling panjang yang pernah dipotong.

“Saya banyak ceburi aktiviti lasak. Saya pernah menunggang motorsikal berkuasa tinggi dengan kelajuan 310km/jam. Saya ada punching bagi dan membuuat lebih 100 tumbukan dan tendangan, Minat aktiviti angkat berat di gymnasium dan mampu mengayuh basikal 20 km sehari. Saya minat aktiviti angkat berat di gym.

Walaupun makan banyak badan saya tetap kurus dan perut saya membesar sedikit. Saya selalu kena demam bila buang air besar keluar darah dan batuk keluar darah.

Saya ingat saya batuk keluar darah sebab saya ni motivator. Saya bagi semangat kat orang dan bila menjerit lebih sikit keluar darah. Saya sangka saya salah makan sebab itu buang air besar keluar darah, itulah sangkaan saya.” imbau Ustaz Hanafi tentang kisah awal derita kansernya.

Bersikap positif walau diagnosis Kanser

Hinggalah ketika Ustaz Hanafi ke Mekah membawa jemaah umrah, beliau merasakan badannya semakin lama semakin lemah dan apabila membuang air besar yang keluar adalah darah terlalu banyak sehinggakan dalam dua gayung

“Saya pernah lakukan diet tapi diet saya silap. Saya nak turunkan berat badan saya ketika itu 130kg. Saya pergi ke gym tetapi dalam masa yang sama saya suka makan yong taufu, fish ball, fish cake dan crabstick. Macam-macam saya makan , terlalu banyak makanan segera yang saya makan, akhirnya menyebabkan saya diagnose kanser.” ceritanya lagi.

Bermuhasabah diri dia berpendapat terkena kanser ada kemungkinan dosa saya tak jaga makan. Saya tak ikut sunnah Rasulullah berhenti sebelum kenyang. “Saya nak makan apa, saya makan je sehingga Allah bagi balasan macam ini macam teguran kepada saya.”

Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan & Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah.

IKLAN

Semasa dimaklumkan doktor, Penasihat Majlis Agama Dakwah Malaysia ini langsung tidak terdetik perasaan mengapa Allah menguji dirinya seperti ini.“Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya adalah Alhamdulillah. Terima kasih Allah dalam jutaan orang dalam dunia kau pilih aku untuk menerima ‘hadiah” sebesar ini. Dr pun terkejut mengapa saya sebut Alhamdulillah hingga menganggap saya panik tetapi tidak sebenarnya.”.

Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan & Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah.

Ustaz Hanafi menerimanya dengan hati yang lapang, tenang dan terbuka. Disahkan kanser oleh doktor pada 31hb Januari 2017 keesokan harinya 2hb Februari terus melakukan pembedahan. Doanya kiranya Allah nak mengambil nikmat yang lain silakan tetap jangan mengambil dua nikmat darinya iaitu berdakwah dan solat berjemaah.

“Alhamdulillah pembedahan yang makan masa 5 jam itu berjaya mengeluarkan kanser lebih kurang sebesar ketayap saya, lebih kurang 1 kg. Saya juga menghidap kanser usus dan terpaksa dipotong sehingga 1.4 meter,” luahnya .

Katanya lagi, “Saya koma lima hari dan saya tidak sedar apa, tapi bila saya sedar orang datang walau tengah sakit saya akan senyum dan buat tangan macam ini (tanda baik). Saya pun tak tahu dari mana kekuatan itu datang, mungkin berkat doa orang ramai.”

Ujian Tidak Mematahkan Misi Hidup

Apabila berita Ustaz Hanafi menghidap kanser tersebar melalui media massa, beliau diuji pula dengan masalah kewangan hingga terpaksa menjual motor kesayangannya. Beliau tidak dipanggil ceramah oleh ramai orang dan hilang sumber pendapatan.

Keluarganya juga terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan dan beberapa asetnya terpaksa dijual untuk menampung kos rawatan dan kimoterapi.

Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan & Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah.

IKLAN

Bila berhadapan dengan isteri dan anak anak Ustaz Hanafi takut mereka rasa lemah dan takut. “Jadi sentiasa senyum, positif bagi dia orang semangat. Saya tak boleh bayangkan kalau mereka hidup tanpa saya.”

Ustaz Hanafi juga memohon agar Allah memberikannya kesempatan untuk melaksanakan misinya. “Mission saya nak siapkan sekolah tahfiz anak yatim, alhamdulillah dapat dibinakan dan juga madrasah. Surau untuk arwah mak saya dan juga rumah pemulihan akhlak di Taiping, Perak. Saya minta izin dari Allah agar siapkan ini dulu, alhamdulillah sekarang dah siap.”

Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan & Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah.

Bagi mereka yang tidak terkena kanser, pesannya jangan berlagak, angkuh dan sombong. Allah tidak suka orang yang sombong. Usah cabar Allah.“Aku hisap rokok banyak aku tak kena pun kanser. Aku makan apa sahaja tak kena kanser,aku tak ikut diet dan darah tinggi tak kena kanser pun. Jangan cabar Allah.” ujarnya lagi.

Amalan 5S dan 2Z

Ustaz Hanafi turut menitipkan formula 5S dan 2Z yang menjadi amalannya untuk pesakit kanser yang sedang melawan sakit ini:

Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan & Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah.

5S :

1. S pertama – syukur dan sabar.
“The power when you say Alhamdulillah, jiwamu jadi lapang dan hatimu akan menjadi tenang. Tenang berhadapan ujian, menerima rawatan, berhadapan dengan kanser itu sendiri. Tenang hanya datang daripada jiwa yang sentiasa bersyukur.”

IKLAN

2. S kedua – Sangka baik.
“Orang cakap ustaz you are so positive.Hingga dr pun cakap tak pernah jumpa pesakit kanser macam Ustaz. The king of postive thinking adalah bersangka baik dengan Allah. Apa yang Allah nak bagi lepas ini, apa sebab Allah bagi sakit kanser kat aku. Mesti ada sesuatu yang lebih besar Allah kan bagi. Samada syurga atau nikmat dunia atau saya menjadi inspirasi kepada pesakit kanser lain.

3. S ketiga – Solat.
“Sakit macam manapun jangan tinggal solat. Saya alhamdulillah koma lima hari, mengikut cerita isteri saya setiap kali azan saya tersedar dan saya tayammum dan solat. Lepas solat koma balik, wallahualam.”

4. S keempat – Sedekah
” Ketika itu masalah kewangan yang besar. Perniagaan dan jemputan ceramah berkurangan,boleh dikata duit hampir tak ada.tapi saya cuba setiap kali solat subuh jumaat saya akan bersedekah atas nama arwah ibu saya. Sedekah ini boleh memadamkan dosa, kemurkaan Allah padam. Jadi Allah sembuhkan saya sedikit demi sedikit.”

5. S kelima – Suplimen
Saya bertaubat tak nak makan macam dulu. Saya makan makanan sihat dan seimbang. Saya rajim membaca buku dalam dan luar negara bagaimana merawat kanser melalui pemakanan.

2Z :

1. Z pertama – Zikir Allah
“Pesakit kanser yang sedang berhadapan dengan sakit ini, tolonglah banyak berzikir.Kita tak tahu bila kita mati. Jadi biarlah kita mati dengan mampu menyebut raja segala zikir “laillahailallah.”

2. Z kedua – Ziarah
“Banyakkan ziarah barangsiapa yang bertawakkal , Allah akan menunjukkan jalan keluar dan memberi bantuan. Wallahualam.”

Untuk mendengar interview penuh Ustaz Hanfi , boleh melayari nya di https://www.youtube.com/watch?v=hZG-6TWE09w

Untuk mengikuti pemakanan sihat dan bernutrisi , boleh follow Instagram@majalahrasa ini :

https://www.instagram.com/p/CHo-78_lylJ/

Sempena bulan kesedaran kanser, Ideaktiv membawakan Power Talk #NIfightagainstcancer khas untuk anda semua.

Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan & Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah.

Power Talk yang dihoskan oleh Nani Roc bersama para panel membincangkan tentang isu-isu hangat, kemajuan perubatan, faktor penyakit serta sokongan yang diperlukan pesakit kanser dan keluarganya, Nantikan di FB Mingguan Wanita,18hb November, 8.30 malam .

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI