Kak Ros Kongsi Resipi Ayam Masak Palembang Air Tangan Mak Mertua

Share

Ayam Masak Palembang perkongsian saudari Rosni Musa atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ros ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut beliau, resipi ini adalah dari mertuanya dan sangat popular di Meru, Klang. Biasanya menu ini akan dihidang semasa hari raya atau di waktu kenduri kendara. Sangat enak dinikmati bersama Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas, nasi putih, roti mahupun lontong. Selain ayam, boleh juga digantikan dengan daging. Wow… Terasa nak cuba? Jom semak bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

 

RESIPI AYAM MASAK PALEMBANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil

BAHAN TUMIS:

CARA MEMASAK:

1.Perap ayam yang sudah dipotong kecil bersama garam dan serbuk kunyit lalu digoreng seketika. Ketepikan.

2.Dengan menggunakan sedikit minyak gorengan ayam, tumis seketika rempah 3 sekawan.

3.Kemudian masukkan bahan-bahan yang diracik seperti bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumis lagi hingga naik bau.

4.Masukkan rempah kari bersama cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.

5.Bila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, sedikit air dan asam keping.

6.Renihkan seketika.

7.Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.

8.Masa ni boleh tambah sedikit lagi air. Gaul sebati sehingga agak pekat.

9.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Kacau biar rata.

10.Bila kuah agak-agak pekat, masukkan daun kari serta kicap pekat. Kicap agak-agak sahaja jumlahnya jangan terlampau banyak. Takut nanti jadi masak kicap.

11.Masak sehingga pekat. Kalau nak berkuah, masak sekejap sahaja.

12.Ayam Masak Palembang siap dimasak dan boleh dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN