Kacang Bawang Putih Berdaun Kari… Gerenti Syok Ngunyah

Share

Kacang kalau dibuang kulit goreng pulak dengan bawang putih, ikan bilis, daun kari memang lajulah mengunyahnya. Dah buka balang tu, cepat simpan balik nanti sedar-sedar tak sempat nak dihidang pada tetamu.

Ni resipi kacang kacang bawang putih dengan ikan bilis , cili padi dan daun kari, memang gerenti sedap ni, hasil air tangan Jamayah Bujang. Jom semak resipi yang dikongsikan.

KACANG TERR


BAHAN-BAHAN :

  • 1kg kacang tanah | yang tiada kulit
  • 2 labu bawang putih
  • 50gm buah keras
  • Garam secukup rasa | atau 4 sudu teh
  • Serbuk perasa jika suka
  • Cili padi | ikut kepedasan sendiri -beli online DI SINI
  • Daun kari secukupnya – beli online DI SINI
  • Ikan bilis secukupnya | cuci dan kering – beli online DI SINI


CARA MEMASAK :

1. Rendam kacang tadi di dalam air panas hingga kembang.


2. Toskan kacang tadi biar habis airnya.

3. Tumbuk bawang putih tak payah hancur.
4. Tumbuk pula buah keras.


5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam kacang
6. Masuk garam dan serbuk perasa..
7. Biar kejap supaya mesra.
8. Sediakan kuali untuk menggoreng, panaskan minyak.
9 .Pertama kita goreng dulu Ketepikan.

10. Goreng lagi daun kari dan cili padi yang siap di potong.
11. Seterusnya goreng kacang tadi hingga siap. Goreng kacang jaga apinnya jangan terlalu kuat nanti hangus tak rangup di dalamnya
12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali .

Selamat Mencuba..!

Kredit Jamayah Bujang
Fb : Resepi Biskut Tradisional & Moden

 

ANDA MUNGKIN MENCARI KUALI TERBAIK UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN YANG MENARIK INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN