Jom Buat Sendiri Air Lai Chi Kang, Redakan Panas Penyejuk Tekak

Share

Segar rasanya tatkala dapat menikmati air lai chi kang. Selain penyegar tekak, orang kata boleh meredakan panas dalam badan.

Walaupun banyak juga bahan penyediaannya, namun cukup berbaloi meminumnya kerana terkenal dengan banyak khasiat. Apa kata kita buat sendiri air lai chi kang, lebih puas hati. Boleh letak seberapa banyak bahan-bahan yang kita inginkan.

Ikuti perkongsian resipi air lai chi kang daripada Ariff Budiman Zainal Abidin

yang tampak begitu menyegarkan.

BAHAN-BAHAN:

Biji selasih (direndam)

Kembang semangkuk (direndam) – Boleh beli online di sini

Barli – Boleh beli online di sini

Getah anggur

Kundur – Boleh beli online di sini

Gula batu

Kulat kering 

Kismis – Boleh beli online di sini

Longan kering 

Kurma merah – Boleh beli online di sini

Gula kabung

CARA MEMASAK:

Biji selasih dan kembang semangkuk direndam sehingga kembang.

Rebus bahan-bahan iaitu barli, getah anggur, kundur, gula batu, kulat kering, kismis, longan kering, kurma merah, dan juga gula kabung.

Masukkan daun pandan untuk lebih memberikan aroma wangi.

Rebus sehingga bahan-bahan bertukar warna dan lembut.

Selesai semua bahan siap direbus, bolehlah disejukkan dan dinikmati dengan ketulan ais. Boleh juga diminum suam untuk lebih sihat.

Ketika penyediaan air, bolehlah dicampurkan biji selasih dan bunga kembang semangkuk yang telah direndam awal tadi.

Sedia dinikmati. Sedap diminum pada bulan Ramadan juga sebagai penyejuk tekak kala berbuka puasa.

Kredit: Ariff Budiman Zainal Abidin

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN