Jom Buat Orange Chocolate Chip Cookies, Sedap Betul!

Share

Kadangkala, terasa teringin hendak makan biskut coklat, kan? Tidak semestinya ketika Syawal saja. Apa kata, kita tambahkan sedikit rasa oren dalam adunan biskut itu. Mesti sedap.

Jom kita tengok resipinya.

ORANGE CHOCOLATE CHIP COOKIES

BAHAN A
250 gram mentega
160 gram gula kastor
1 biji telur gred A
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen oren
Pewarna oren

BAHAN B (DIAYAK)
300 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil emplex

BAHAN C
150 gram coklat cip
100 gram hirisan badam
50 gram cornflakes (diramas halus)

CARA MEMBUAT
1. Mulakan dengan Bahan A dahulu. Dalam bekas, pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan telur ayam satu demi satu sambil dipukul rata.
3. Masukkan pula esen oren dan juga pewarna oren.
4. Kemudian satukan Bahan B ke dalam Bahan A. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan Bahan C.
6. Kaup balik adunan sehingga semua adunan mesra.
7. Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam loyang pembakar.
8. Pastikan dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar.
9. Ulang lamhlah 7 sehingga selesai.
10. Panaskan oven. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
10. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Siap!

Nampak sedap!

Selamat mencuba !

Wow sangat kan?

Sumber: Farisha Sofea

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi.

IKLAN