Kadangkala, terasa teringin hendak makan biskut coklat, kan? Tidak semestinya ketika Syawal saja. Apa kata, kita tambahkan sedikit rasa oren dalam adunan biskut itu. Mesti sedap.
Jom kita tengok resipinya.
ORANGE CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN A
250 gram mentega
160 gram gula kastor
1 biji telur gred A
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen oren
Pewarna oren
Ads
BAHAN B (DIAYAK)
300 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil emplex
BAHAN C
150 gram coklat cip
100 gram hirisan badam
50 gram cornflakes (diramas halus)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Mulakan dengan Bahan A dahulu. Dalam bekas, pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan telur ayam satu demi satu sambil dipukul rata.
3. Masukkan pula esen oren dan juga pewarna oren.
4. Kemudian satukan Bahan B ke dalam Bahan A. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan Bahan C.
6. Kaup balik adunan sehingga semua adunan mesra.
7. Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam loyang pembakar.
8. Pastikan dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar.
9. Ulang lamhlah 7 sehingga selesai.
10. Panaskan oven. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
10. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Kek mentega antara kek yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembuatan kek, boelh cuba resipi ini. Sangat mudah dan ringkas namun rasanya sangat sedap serta gebu! Memang puas hati.
Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis kek. Menurut orang barat, kek perlu tepat sukatannya agar rasa dan teksturnya sedap. Bahan ditimbang agar sama dan tidak terlebih atau terkurang. Begitu juga dengan suhu waktu membakar kek.
Namun selalu juga kita dengar orang-orang tua dahulu buat kek main agak-agak sahaja mengunakan sukatannya. Ada yang pakai cawan dan mangkuk sahaja. Tetapi lain pula dengan wanita ini. Menurutnya resipi ini diperoleh daripada mak ciknya. Lebih menarik lagi, ibu saudaranya itu tidak mempunyai resipi yang ditulis kemas. Semuanya dalam kepala.
“Resipi Kek Hijau ni saya dapat daripada mak cik saya raya lepas. Mudah giler. 7 bahan sahaja (saya tambah lagi 1 jadi 8 bahan) dan disukat menggunakan tin susu. Patutlah masa minta resipi, mak cik saya tak buka buku pun. Dia sebut sahaja bahan-bahannya. Cara buat tu pandai-pandai sendiri la.“ujar Noy Yullan di dalam FBnya.
Menurut Noy Yullah, kek hijau ini adalah satu variasi kek lama Sarawak. Kalau kek lama, semestinya sedap sebab orang-orang dulu sangat kreatif dalam mencipta dan memberikan inovasi dalam setiap masakan mereka.
“Ini adalah salah satu variasi kek lama Sarawak. Rupa dan rasa hampir menyerupai Kek Lumut. Bezanya adalah bahan dan tekstur kek. Kek Hijau lebih padat dan besar. Saya tambah esen vanila dalam adunan (resipi asal tak ada). Manis kek dapat daripada susu pekat, kaya dan horlicks”
Jom kita semak sukatan dan bahan-bahan yang digunakannya. Apa yang menarik, penggunaan tin susu sebagai sukatan memang rai. Inilah yang dikatakan benda senang yang boleh dicari. Takdelah kita susah hati nak timbang-timbang bahan dan kalau penimbang tersilap memang lain jadinya kek kita.
Lihatlah betapa moistnya kek ini. Ia juga padat dan cantik. Warna hijaunya sangat menarik dan membuatkan kita tidak sabar untuk menjamah.
Ini dia resipinya:
Kek Hijau (Kek Ijo)
Loyang 7″ x 7″ x 3.5 atau 8″ x 8″ x 3″
(Noy Yullan)
*Nota: sukatan bahan menggunakan tin susu 500gm)
Bahan-Bahan
254gm unsalted pure butter (seketul)
6 biji telur gred double A / gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu pekat (500gm)
1 tin kaya (sukat kaya menggunakan tin susu)
1 botol kecil (30ml) pes pandan Koepoe2)
*1 tin horlicks
*1 tin tepung gandum
(Satukan bahan * dan ayak bersama)
Cara-Cara:
1. Pukul butter sehingga kembang (putih pucat).
2. Masukkan susu pekat, kaya, dan telur satu per satu. Putar sehingga kembang dan sebati.
3. Masukkan pes pandan.
4. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung gandum dan horlicks yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati.
5. Offkan mixer, kaub-balik adunan bagi memastikan adunan telah dipukul rata. (Kadang-kadang ada tepung menempel pada dasar mangkuk mixer. Kalau biar, nanti kek ada ketulan-ketulan tepung.)
6. Sediakan loyang. Sapu bahagian dalam loyang dengan mentega. Tabur sedikit tepung. Ratakan. Terbalikkan loyang, tepuk belakang loyang bagi membuang sisa tepung. Loyang tu nak alas boleh, tak alas pun boleh asalkan kita dah gris bhgn dalam loyang.
7. Tuang adunan ke dalam loyang. Hentak beberapa kali atau ambil lidi, lalukan lidi ke dalam adunan secara rawak (Tak buat pun tak apa).
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana sehingga masak. Pastikan air kukusan sudah mendidih. (Mak cik saya kata kukus 6 jam, tapi saya kukus dalam 4 jam lebih sahaja. Asal dah masak, saya terus tutup api). Cara nak tahu kek masak atau tidak, kau ambil lidi, cucuk tengah kek dengan lidi. Cabut. Kalau masih ada sisa kek basah dan lembik melekat pada lidi tu maknanya kek belum masak.
9. Apabila kek masak, terus keluarkan dari pengukus, dan buka aluminium foil. Kek tu nak dikeluarkan terus dari loyang boleh, nak tunggu sejuk dulu baru keluarkan pun boleh. Potong kek selepas kek benar-benar sejuk. Sejukkan di ruang tamu dulu. Kalau pegang bawah loyang dah x panas, boleh la potong. Siap.
Nota: Sengaja saya terangkan panjang lebar supaya semua faham. Yang baru nak belajar faham, yang dah otai lagilah faham.
Teringin pula nak makan yang manis manis untuk minum petang ni. Jom kita buat red velvet meleleh ikut resepi ni. Ikut langkah demi langkah pasti korang boleh buat. Bukan setakat boleh makan untuk sekeluarga, kalau dah pandai nanti boleh buat niaga.
Red Velvet Leleh
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu segar masuk dalam gelas tambah 1 sudu besar serbuk pewarna merah 1 sudu besar cuka masakan biarkan 10 minit
Satukan dalam mangkuk 10 biji telur 2 cawan gula 1 sudu besar ovallate 1 sudu besar esen vanila Adun sampai gebu
Sementara tu ayakkan 5 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 2 sudu besar serbuk koko
Cara membuat:
1.Dah kembang gebu adunan yang kita adun tadi, masukkan selang-seli adunan susu dengan adunan yang kita ayak tadi sampai habis.Perlahankan mixer.
2.Butter/majerin tu dah cairkan awal.Ambil 1 cawan, tuang dan kacau laju-laju.
3.Adunan akhir macam ini.
4.Sebelum kukus,isi suku dan wrap pakai wrapping macam ni, bagi tak kena air. Nanti permukaan kek jadi liat.Kukus 20 minit saiz 5″ dapat 8 bekas.