Jemput-jemput Berinti Sambal Terengganu. Perghh ..Tak Payah Cicah-cicah

Share

Jemput-jemput kalau dah siap inti dalamnya, tak payah nak cicah apa-apa dah. Makan gitu panas-panas memang licin pinggan lagipula ada inti di dalamnya.

Ni jemput istimewa hasil perkongsian dari Zaky Mat Ali. Dalamnya inti sambal ikan selayang popular di Terengganu dan negeri Pantai Timur yang lain. Dapat ikan segar memang super sedap.Dan jemput jemput ni jugak ala kuih kuih sebab ada ramuan tepung pulut sekali .


Jom cuba resipinya.

JEMPUT SAMBAL TERENGGANU / KUIH BOM


.

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm tepung pulut – beli online DI SINI
  • 80 gm tepung gandum – beli online DI SINI
  • 5 sudu kelapa parut
  • 1 sudu kecil garam – beli online DI SINI
  • Air secukupnya


.

CARA MEMASAK.
1. Campur semua bahan dan uli sehingga sebati


.

2. Masukkan sambal dan bentukkan menjadi bulat


.


.


.

SAMBAL IKAN
.
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ikan selayang
  • 200ml santan – beli online DI SINI
  • 5 biji bawang merah – beli online DI SINI
  • 2 inci halia –  beli online DI SINI
  • 1 hiris asam keping – beli online DI SINI

CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus, asingkan tulang dan isi ikan ditumbuk.
2. Bawang dan halia dihiris.
3. Campur semua bahan dan masak sehingga sambal kering

Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali

 

INGIN MEMBELI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, SILA LAYARI DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI- RESIPI INI :

 

IKLAN