Mungkin kelihatan lebih kurang sama, tetapi sebenarnya kedua-dua bahan ini sebenarnya berbeza. Kenali kelainan antara dua bahan ini agar anda tahu bagaimana untuk menggunakannya.

MARJERIN

  • Diperbuat daripada lemak sayuran.
  • Sama seperti mentega, marjerin juga mempunyai minima 80% jumlah lemak di dalamnya
  • Mempunyai tekstur yang padat dan keras.
  • Berwarna kuning terang.
  • Tidak mudah meleleh.
  • Marjerin atau sapuan akan mempunyai dari 10-90% lemak dalam kandungannya.
  • Kandungan lemak sayuran dan air
    akan berubah mengikut jumlah lemak dalam marjerin. Jika rendah kandungan lemaknya maka peratusan air akan lebih tinggi.
  • Marjerin rendah kolesterol berbanding mentega kerana komponen lemak sayuran di dalamnya. Salah satu bahan dalam marjerin adalah lemak trans tetapi sudah banyak digantikan dengan minyak kelapa sawit.

MENTEGA

foto: thankyourbody.com
  • Diperbuat daripada lemak susu haiwan (dicampur dengan air, garam dan susu)
  • Sesetengah mentega dilabelkan sebagai ‘sweet cream butter’. Jika ada, ia menunjukkan krim yang digunakan di dalamnya telah dipasturkan (dipanaskan untuk menghalang sebarang kerosakan ketika proses penghasilan mentega)
  • Mempunyai aroma yang lebih kuat dan menyelerakan.
  • Berwarna kuning pucat.
  • Lebih mudah dicairkan dan meleleh
    .
  • Mentega putar pula lebih ‘ringan’ dan sesuai untuk dijadikan sapuan kerana teksturnya yang tidak terlalu padat.
  • Kebanyakan jenama mentega berbeza antara satu sama lain kerana kandungan lemak di dalamnya.
  • Kandungan lemaknya harus melebihi 80%
    dan kerana dibuat dari bahan ini, mentega lebih tinggi kolesterol dan mengandungi lemak tepu yang lebih banyak berbanding marjerin.

MANA LEBIH BAIK, MARJERIN ATAU MENTEGA?

  1. Biskut atau kuih yang dibuat daripada mentega akan lebih kering dan garing tetapi teksturnya lembut dengan bau yang harum.
  2. Penggunaan mentega dalam pembuatan kek sangat meluas kerana ia membuat kek menjadi lembut dan berbau harum. Kandungan lemak yang rendah dalam marjerin pula biasanya akan membuatkan doh atau adunan yang lebih padat.
  3. Mentega mudah menjadi tengik, jadilah lebih peka dan perhatikan selalu tarikh tamat tempohnya. Marjerin pula tahan lebih lama dan jika digunakan untuk membuat kuih tradisional seperti karipap menjadi lebih rangup.
  4. Jenis lemak dalam marjerin dan mentega yang membezakan kedua bahan ini. Perbezaan ini memberi impak kepada rasa, tekstur dan nutrisinya.