Kuali Tak Lekat (Non Stick) merupakan antara peralatan memasak kesayangan mak-mak. Selain memudahkan kerja memasak didapur, kuali sebegini boleh tahan mahal harganya, nak-nak kalau jenis yang berjenama dan di import daripada luar negara. Namun satu perkara yang mak-mak perlu tahu, walau macam mana sayang sekalipun dengan kuali non stick tersebut, awas! elak daripada menggunakannya sekiranya lapisannya telah bercalar, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus.
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.
Ya CALAR yang merbahaya.
Kredit gambar: athirahassin
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.
Ads
Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.
Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.
Ads
6 Tip Guna Kuali Non Stick
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.
Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
3. Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.
Ads
4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
5. Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Cuba bayangkan lipas tiba-tiba keluar bila kita sedang memandu? Geli campur geram kan? Bila lipas dah menyelinap masuk ke dalam kereta, memang susah nak bunuh atau halau. Boleh cuba petua ni mana tahu berkesan..
BAHAN-BAHAN
Minyak masak terpakai
Susu pekat
Majerin
CARA PENYEDIAAN
Gaul sebati dalam bekas dan biarkan semalaman di dalam kereta. Sukatan ikut suka. Esok dah boleh nampak dah hasilnya.
Suka makan sup tulang atau sup daging tapi takut tahap kolestrol naik mendadak sebab. Pelbagai sebab lain untuk kita mendapat kolestrol tinggi tapi ini masanya kita untuk tahu mengawalnya tetapi dapat merasa hidangan yang kita gemari.
Selalunya sebelum kita memasak sup kita akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
LANGKAH-LANGKAH:
Mula-mula rebus daging tau tulang dengan air biasa hingga empuk.
Selepas itu asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak mangkuk di permukaan sup (sila rujuk gambar) beberapa minit kemudian kita akan nampak hasilnya iaitu lemak-lemak membeku dan melekat pada mangkuk.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Cara lain untuk asingkan lemak dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.
Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis kek. Menurut orang barat, kek perlu tepat sukatannya agar rasa dan teksturnya sedap. Bahan ditimbang agar sama dan tidak terlebih atau terkurang. Begitu juga dengan suhu waktu membakar kek.
Namun selalu juga kita dengar orang-orang tua dahulu buat kek main agak-agak sahaja mengunakan sukatannya. Ada yang pakai cawan dan mangkuk sahaja. Tetapi lain pula dengan wanita ini. Menurutnya resipi ini diperoleh daripada mak ciknya. Lebih menarik lagi, ibu saudaranya itu tidak mempunyai resipi yang ditulis kemas. Semuanya dalam kepala.
“Resipi Kek Hijau ni saya dapat daripada mak cik saya raya lepas. Mudah giler. 7 bahan sahaja (saya tambah lagi 1 jadi 8 bahan) dan disukat menggunakan tin susu. Patutlah masa minta resipi, mak cik saya tak buka buku pun. Dia sebut sahaja bahan-bahannya. Cara buat tu pandai-pandai sendiri la.“ujar Noy Yullan di dalam FBnya.
MASAK PERLU KREATIF
Sememangnya kalau kita buat apa sahaja kita perlu praktis. Kata orang putih practice makes perfect. Mungkin pertama kali buat, kita gagal kerana ada kurang di sana sini. Tetapi bila dah mula pandai sesuaikan semua, kita pasti jadi mahir. Dan kerana itulah hasil tangan masakan orang-orang tua makin lama makin sedap kerana mera melihat memasak seuatu kemahiran subjektif yang perlu digilap. Mesti kreatif agar masakan menjadi semakin bernilai.
Menurut Noy Yullah, kek hijau ini adalah satu variasi kek lama Sarawak. Kalau kek lama, semestinya sedap sebab orang-orang dulu sangat kreatif dalam mencipta dan memberikan inovasi dalam setiap masakan mereka.
“Ini adalah salah satu variasi kek lama Sarawak. Rupa dan rasa hampir menyerupai Kek Lumut. Bezanya adalah bahan dan tekstur kek. Kek Hijau lebih padat dan besar. Saya tambah esen vanila dalam adunan (resipi asal tak ada). Manis kek dapat daripada susu pekat, kaya dan horlicks”
Jom kita semak sukatan dan bahan-bahan yang digunakannya. Apa yang menarik, penggunaan tin susu sebagai sukatan memang rai. Inilah yang dikatakan benda senang yang boleh dicari. Takdelah kita susah hati nak timbang-timbang bahan dan kalau penimbang tersilap memang lain jadinya kek kita.
Lihatlah betapa moistnya kek ini. Ia juga padat dan cantik. Warna hijaunya sangat menarik dan membuatkan kita tidak sabar untuk menjamah.
Ini dia resipinya:
Kek Hijau (Kek Ijo)
Loyang 7″ x 7″ x 3.5 atau 8″ x 8″ x 3″
(Noy Yullan)
*Nota: sukatan bahan menggunakan tin susu 500gm)
Bahan-Bahan
254gm unsalted pure butter (seketul)
6 biji telur gred double A / gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu pekat (500gm)
1 tin kaya (sukat kaya menggunakan tin susu)
1 botol kecil (30ml) pes pandan Koepoe2)
*1 tin horlicks
*1 tin tepung gandum
(Satukan bahan * dan ayak bersama)
Cara-Cara:
1. Pukul butter sehingga kembang (putih pucat).
2. Masukkan susu pekat, kaya, dan telur satu per satu. Putar sehingga kembang dan sebati.
3. Masukkan pes pandan.
4. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung gandum dan horlicks yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati.
5. Offkan mixer, kaub-balik adunan bagi memastikan adunan telah dipukul rata. (Kadang-kadang ada tepung menempel pada dasar mangkuk mixer. Kalau biar, nanti kek ada ketulan-ketulan tepung.)
6. Sediakan loyang. Sapu bahagian dalam loyang dengan mentega. Tabur sedikit tepung. Ratakan. Terbalikkan loyang, tepuk belakang loyang bagi membuang sisa tepung. Loyang tu nak alas boleh, tak alas pun boleh asalkan kita dah gris bhgn dalam loyang.
7. Tuang adunan ke dalam loyang. Hentak beberapa kali atau ambil lidi, lalukan lidi ke dalam adunan secara rawak (Tak buat pun tak apa).
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana sehingga masak. Pastikan air kukusan sudah mendidih. (Mak cik saya kata kukus 6 jam, tapi saya kukus dalam 4 jam lebih sahaja. Asal dah masak, saya terus tutup api). Cara nak tahu kek masak atau tidak, kau ambil lidi, cucuk tengah kek dengan lidi. Cabut. Kalau masih ada sisa kek basah dan lembik melekat pada lidi tu maknanya kek belum masak.
9. Apabila kek masak, terus keluarkan dari pengukus, dan buka aluminium foil. Kek tu nak dikeluarkan terus dari loyang boleh, nak tunggu sejuk dulu baru keluarkan pun boleh. Potong kek selepas kek benar-benar sejuk. Sejukkan di ruang tamu dulu. Kalau pegang bawah loyang dah x panas, boleh la potong. Siap.
Nota: Sengaja saya terangkan panjang lebar supaya semua faham. Yang baru nak belajar faham, yang dah otai lagilah faham.
Kalau nak kek menjadi seperti orang lain buat, panduan ini juga sangat berguna. Ingat memasak juga perlu kesabaran
Tepung yang diayak bukan sahaja boleh mengasingkan benda asing yang tidak perlu seperti ulat dan batu.
Sebelum mula mengadun, pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
Kek akan menjadi lebih gebu jika anda menggunakan bahan yang telah di ayak. Jadi, penting untuk memastikan bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, soda penaik dan garam digaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu.
Elakkan daripada terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menjadikan kek anda mampat dan tidak gebu. Cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
Penggunaan spatula juga memudahkan proses kaup balik adunan. Dan adunan boleh dikaup semua kedalam acuan, tanpa membazir.
Gunakan spatula untuk memasukkan tepung dan kaup balik adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati.
Elakkan daripada menggaul adunan dengan kerap ketika menunggu adunan dibakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis kerana ia akan membuatkan adunan turun dan kek menjadi mampat. Jauhkan adunan yang menunggu daripada suhu panas.
Hanya gunakan spatula ketika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian serta menambah bahan lain seperti pewarna dan buah-buahan kering.
Panaskan ketuhar selama 15 minit lebih awal sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akan menyebabkan kek tidak menjadi.
KREDIT RESIPI: NOY YULLAN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!