Jangan Bazir Roti, Jom Buat Bingka Roti Jagung Versi Kurang Manis

Share

Ni resipi lemak manis bingka roti jagung kurang manis. Boleh aje tambah kismis jika suka. Ni resipi mudah perkongsian Nana Ereena.

Sedap dan mudah dibuat, jadi tak delah pembaziran roti. Sukatan gula tu kurangkan sedikit jadi taklah manis sangat.

BINGKA ROTI JAGUNG KURANG MANIS
.

BAHAN-BAHAN :

  • 6 keping roti gardenia | carik dan rendam 15minit, air paras roti je dan toskan

*Ketepikan

  • 2 cawan susu cair @ santan
  • 1/2 cawan gula pasir(nak manis tambah lagi)
  • 1 biji telur gred B
  • 1 cawan tepung gandum
  • Pewarna kuning
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1/2 tin jagung krimer

CARA MEMASAK:


1. Satukan dan sebatikan semua bahan
2. Masukkan roti tadi.
3. Tuang dlm loyang 8″x8″yg telah dialas baking paper. Taburkan bijan dan letakkan sedikit mentega dipermukaan adunan.
4. Bakar suhu 180api atas bawah 45minit @ hingga masak. Sejukkan baru potong.


.

KREDIT FOTO & RESIPI : Nana Ereena

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI NI :

JUGA RESIPI INI :

BOLEH JUGA TRY MASAK NI :

 

 

IKLAN