Itik Salai Mashtar, Cheras. Port Makan Tawar Aneka Hidangan Daging Salai & Masak Lomak Cili Padi Nogori.

Share

Daging dan ikan salai cukup sinonim dengan masakan lemak cili padi Negeri Sembilan. Kini anda tidak perlu travel sampai ke sana untuk menikmati keeenakan makanan warisan asli ini.   

 

 

Bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang, pergi sahaja ke TJ Garden, Cheras dan nikmati sajian istimewa ini di gerai Itik Salai Mashtar

. Lokasinya tak susah nak cari dan berhampiran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sahaja.

Gerai ini adalah cawangan ketiga Itik Salai Mashtar yang cukup popular di Sungai Ramal Dalam, Kajang dan diusahakan oleh dua sahabat baik; Ezil Iskandar Rastam dan Ainal Yakin.

Dekat sini, lauk yang menjadi tarikan utama pelanggan tentulah menu itik salai yang dimasak lemak cili padi.  Istimewanya lauk ini adalah daging itiknya tidak berbau dan lembut.

Itik salai
Ayam salai dan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi

Lebih menambat hati lagi, harga set nasi

dan daging lemak cili padi
termasuk ulam dan ikan masin harganya cuma RM7 dan set yang sama untuk ikan keli harganya adalah RM6.

 

Bagi mereka yang ingin membeli daging dan ikan salai sahaja, gerai ini juga bersedia memenuhi kehendak anda. Jangan lupa singgah ke sini bila pergi ke Cheras. Khidmat penghantaran juga disediakan bagi kawasan berdekatan. Selamat menjamu selera. FARIDAH TALIB

 

INFO KEDAI

ALAMAT: TJ Garden, Jalan Jaya 7, Kuala Lumpur (Gate belakang HUKM)

WAKTU OPERASI: Buka setiap hari kecuali Jumaat :11.00 pagi – 4.00 petang   

WAJIB CUBA: Itik salai, ayam salai, daging lembu salai, ikan keli salai, lauk lemak cili padi dan ulam-ulaman.

IKLAN