Isi Jagung Penuh, Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Tanam Jagung

Share

Seronok betul kalau dapat tanam jagung dan hasilnya menjadi. Tambahan pula isi jagung penuh dan elok kejadiannya.

Menerusi perkongsian daripada Farah Aisyah Ahmad, dia menggunakan tips mudah ketika menanam jagung. Jom kita tengok.

 

CARA MUDAH SAYA TANAM JAGUNG

*Bina sedikit batas, semampunya sahaja.

*Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak satu kaki.

*Setiap lubang letakkan dua biji benih.

*Kambus biji benih dengan tanah hitam.

TONTON Istimewa Rasa 20 Tahun:  20 Petua Mudahkan Tugas Di Dapur  

TONTON  Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang

TIGA PERKARA PENTING KETIKA MENANAM JAGUNG:

1. Air

Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.

2. Baja

Mulakan pembajaan pada hari ke-10. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.

3. Pendebungaan manual

Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Secara ringkasnya, ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.

Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas

dan pukul 11 pagi – 2 petang.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

Alhamdulillah, saya dapat hasil lima tongkol jagung dan 1 ketiak jagung.

*Ini kali kelima saya tanam jagung. Alhamdulillah, banyak benda yang saya belajar sepanjang menanam.

Kredit: Farah Aisyah Ahmad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN