Instafamous Terkenal AdamDidam Dijemput Ilahi

Share

Belum pun reda berita duka pemergian Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad semalam , hari ini Majalah RASA menerima berita duka lagi.

Instafamous masakan terkenal, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham yang juga merupakan bapa saudara kepada Fatimah Omar Mukhlis, iaitu kanak-kanak yang popular menerusi instagram thefamily.uk.

Berita pemergian Adamdidam turut dikongsikan selebriti dan pengacara Neelofa yang memuat naik ucapan takziah menerusi Instastory beliau.

Difahamkan, allahyarham Adamdidam meninggal dunia di kediaman ibu bapa beliau di Kota Bharu dan akan dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan.

Semasa hayatnya, AdamDidam pernah mengacarakan rancangan televisyen untuk majalah Rasa iaitu Rasa Ketuhar Kuali bersama Aunty Aini dan Rasa Jelajah Rasa Nusantara bersama Ili Sulaiman.

Jenazah Adam akan disembahyangkan di Masjid Telipot pada pukul 10 pagi ini.

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un اَللَّهُ مَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعنه
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu” “Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Takziah untuk keluarga arwah semoga arwah ditempatkan dengan para syuhada dan insan yang disayangi oleh Allah swt serta sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah swt Aameen Aameen Ya Robb

IKLAN