Apa perasaan anda semua bila melihat foto ini. Rasa sedih sangat, kenapa di saat getir begini ada jua insan-insan yang rakus membeli hingga akhirnya wujud pembaziran. Roti dibuang begitu sahaja dengan alasan sudah luput. Apakah sebelum membeli kau tidak fikir bahawa makanan sebegini tarikh luputnya begitu singkat. Jadi tidak perlu membeli terlalu banyak cukup untuk seisi keluarga makan.
Di saat orang ramai ke hulu ke hilir mencari roti, begini pula jadinya. Sayangnya rezeki dibuang-buang.
Sumber foto : fb Viral Perak.
Kadang kala kalau susah dari kecil ni lebih pandai bersyukur daripada orang yang sudah besar baru nak rasa susah.Nafsu tak terkawal. Kerajaan bukan istiharkan darurat . Semua pakat beli barang. Akhirnya ke dalam tong sampah bersemadinya.
Kalau roti nak tahan masuk dalam peti sejuk.Tapi kalau kreatif boleh jadi pelbagai juadah.Kalau dah nak luput tarikh,letak majerin,letak gula,bakar dalam oven sampai jadi biskut kering.Boleh simpan berbulan-bulan.
IKLAN
Masa macam ni kalau beli beringatlah. Selagi elok boleh je makan, kalau nampk banyak lagi buatlah puding roti mesti habis. Boleh ikut langkah berikut untuk buat puding roti .
Siapa sangka lebihan roti yang hampir tamat tempoh pun boleh diolah menjadi pemanis mulut yang sedap. Cara pembuatannya pun sangat mudah. Puding Roti Krim Keju Coklat Cip ni juga sangat lembut dan gebu. Sesuai sangat dinikmati pada bila-bila masa. Cubalah. Pasti puas hati.
IKLAN
RESIPI PUDING ROTI KRIM KEJU COKLAT CIP
BAHAN-BAHAN:
10 keping roti
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula perang
250 gm krim keju
1 biji telur
Coklat cip/ potongan coklat
Esen Vanila secukupnya
CARA MEMASAK:
IKLAN
1. Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.
2. Tuangkan susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit. 3. Pukul keju sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi. 4. Dalam bekas yang lain masukkan gula perang dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan adunan keju ka atas roti dalam loyang tadi. Taburkan coklat cip/potongan coklat diatas roti.
6. Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah dan guna kipas. Selepas 20 minit, turunkan ke 150C. Bakar dalam masa 40 minit.
Miang Kham merupakan makanan tradisional Thailand dan Laos, ia merupakan makanan appetizer yang sedap dan mudah untuk disediakan. Boleh menjadi hidangan istimewa untuk tetamu yang datang beraya di rumah terbuka. Selamat mencuba!
RESIPI MIANG KHAM / MEANG KHUM
BAHAN-BAHAN:
30 helai daun kaduk
1/4 cawan kacang tanah atau gajus panggang*
1/4 cawan udang kering | cuci dan sangai hingga kering*
1/4 cawan halia muda | potong dadu*
1/4 cawan limau nipis | potong dadu*
1/4 cawan bawang merah| potong dadu*
1/4 cawan kelapa sagat, sangai hingga perang*
5 tangkai cili merah/hijau | potong kecil
Simpan sedikit bahan bertanda* untuk diadun bersama sos
BAHAN SOS:
Dalam kuali non-stick, sangai hirisan serai, lengkuas, bawang merah, halia dan belacan hingga perang dan naik bau. Ketepikan.
Tumbuk udang kering, kacang tanah dan kelapa sangai hingga halus.
Campurkan bahan-bahan yang disangai tadi dan tumbuk hingga lumat.
Dalam periuk didihkan gula melaka, air dan sos ikan.
Bila gula larut, masukkan bahan tumbuk tadi.
Reneh dengan api perlahan sehingga sos menjadi pekat.
Angkat dan biarkan sejuk. Sos mesti pekat, manis dan masin.
Untuk hidangan, ambil sehelai daun kaduk, isikan dengan bahan-bahan hiris dan kacang akhir sekali tuang 1/2 sudu kecil sos, balut rapi dan sedia di kunyah!
Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang
CARA-CARA:
Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.
2. Toskan air dan sejatkan.
3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.
5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.
Ramai beranggapan menu kukus atau stim leceh untuk menyediakannya, hakikat ia adalah menu paling mudah disediakan dan cepat. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal. Bukan hanya senang, menu kukus juga sedap dan sihat. Untuk itu, RASA bawakan lima resipi kukus ekspres dan sihat yang boleh anda cuba.
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu the lada sulah
4cm halia muda | hiris memanjang
1/2 biji bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
5 biji cili padi | titik
1 batang serai | titik
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak
BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan cili merah
Sedikit hirisan limau nipis
BAHAN KISAR:
2cm halia muda
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
Kukus lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
2 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2cm halia muda | hiris halus
2 biji cili merah | cincang halus
Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih | kisar kasar
1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
1 biji telur
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
Panaskan pengukus.
Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
Sotong sedia dihidangkan.
TELUR KUKUS SOS MUSTARD MADU
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair
1/2 cawan sudu makan isi ayam | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit hirisan daun bawang
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
3 sudu makan mustard
1 sudu makan mayomes
2 sudu makan jus lemon
2 sudu makan madu
1 biji cili merah | dadu halus
Secubit haram
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
Panaskan pengukuks.
Sementara menunggu kukus panas, isikan bancuhan telur tadi dalam acuan.
Lakukan hingga habis adunan telur, kemudian kukuks lebih kurang 10-15 minit.
Bancuh semua bahan sos dalam mangkuk, jika terlalu pekat tambahkan sedikit air panas.
Tuangkan di atas tahu yang telah kukus tadi.
Tauhu sedia dihidangkan.
TAUHU JEPUN SAMBAL ISI AYAM CINCANG
BAHAN-BAHAN:
2 pek tauhu Jepun | buangkan plastiknya
100gm isi dada ayam | cincang
1/2 biji cili besar | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1/2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh sos ikan
Garam dan perasa secukupnya
1/2 sudu makan, minyak masak
Hirisan daun bawang | untuk hiasan
Hirisan lobak merah | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu lebih kurang 10 minit
Sementara itu sediakan sambal .
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan cili merah hingga wangi.
Masukkan pes cili cili kering, kacau rata dan masukkan sos tiram, sos ikan .
Seterusnya masukkan isi ayam dan kacau rata.
Perasakan dengan garam, lada sulah dan perasa secukupnya.
Setelah masak, tutup api dan tuangkan sambal di atas tauhu yang telah di kukus tadi.
Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang dan lobak merah sebelum dihidangkan.
AYAM KUKUS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan
3 sudu makan tauchu | kisar
4 ulas bawang merah | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun bawang | hiris memanjang
2 biji cili merah | cincang halus
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit garam | jika perlu
Gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
3cm halia muda
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
Kukus lebih kurang 15-20 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.