Sebut je sayur mesti terbayangkan masak tumis, bening, sup atau gulai. Tapi sebenarnya sayur juga sedap digoreng salut atau celup tepung, namun bukan semua sayur yang sedap digoreng salut tepung ni. Selain sedap dimakan dengan nasi cecah sambal, sayur goreng juga sedap dijadikan kudapan ringan sambil menonton. Ini dia enam jenis sayur yang boleh digoreng salut tepung. Mungkin ini idea bagus untuk anak-anak makan sayur
Terung
Bayangkan terung yang lembut dan manis rasanya itu digoreng dengan tepung, terasa ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Kena pulak dengan pencecah memang terbaik sedapnya. Cuma semasa menghiris pastikan saiz terung adalah sama dan hirisan tidak terlalu nipis atau tebal.
Ads
Brokoli
Brokoli antara sayuran hijau kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Brokoli goreng tepung antara menu yang sangat sedap. Korang boleh potong brokoli menjadi ketulan-ketulan kecil sebelum disalut dengan adunan tepung kemudian goreng minyak banyak. Untuk tambah perisa, adauna tepung boleh tanpa perasa ayam, rempah kari, serbuk cili, lada hitam atau tomyam. Terpulang pada cita rasa.
Bunga Kubis
Cara potong dan menggoreng bunga kubis sama seperti brokoli untuk digoreng tepung. Namun teksturnya yang ranggup dan empuk pasti disukai ahli keluarga terutama anak-anak.
Garlic Parmesan Carrot Fries
Lobak Merah
Lobak merah goreng tepung memang sedap, rangup dan manis. Cara paling mudah menyediakannya, adalah dengan menghiris lobak merah seperti kentang goreng. Potong memanjang lebih kurang 3-4cm, kemudian kukus hingga empuk sebelum sedia dicelup tepung dan goreng hingga rangup.
Ads
Bayam
Rangup dan sedapnya kerepek bayam, kerana itulah ramai yang menyukainya sebagai kudapan sambail santai menoton TV. Siapa sangka ia hanyalah sehelai daun bayam yang nipis dan berubah menjadi kerepek yang rangup bila digoreng dengan salutan tepung.
Kacang Buncis
Ads
Mungkin jarang dengar kacang buncis boleh digoreng celup tepung. Tapi percayalah rasanya sedap, rangup dan manis. Apa lagi jika dimakan panas-panas.
Dari enam jenis sayur ini mana satu pilihan korang, atau ada cadangan sayur lain yang pernah korang buat. Boleh share dengan RASA ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Sudah basuh tangan dengan sabun tapi bau bawang merah pada tangan lepas kupas dan hirisnya masih tak hilang. Jangan risau ada empat cara mudah boleh menangani bau bawang merah yang degil ini:-
Cuka
Titiskan beberapa titis cuka makan pada tangan dan ratakan keseluruh tapak tangan , kemudian cuci dengan sabun seperti biasa. Ini kerana bau cuka yang tajam boleh menuteralkan bau bawang.
Kopi
Serbuk kopi juga terkenal mampu menghilangkan bermacam bau di dalam rumah mahupun dalama kereta. Sudah pasti, ia boleh juga menghilangkan bau bawang yang melekat pada tangan. Ambil satu sudu makan serbuk kopi dan ratakan pada tangan, kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa. Gerenti bau bawang akan hilang.
Ubat Gigi
Cara lain anda boleh gunakan ubat gigi yang mengangdungi florida untuk mencuci tangan berbau bawang, kemudian cuci dengan air bersih.
Guna peralatan stainless
Jika bau bawang masih melekat pada tangan, apa kata anda usapkan tangan pada perlatan dapur diperbuat dari stainless di bawah air mengalir eselama beberapa minit. Stainless dikatakan boleh menetralkan bau bawang yang kuat pada tangan.
Walaupun nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia namun tak semua orang boleh makan nasi dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi bagi yang berpenyakit.
Dalam satu laporan Healthline, beras atau nasi mengandungi kanji yang agak tinggi, terutamanya kalau tak dimasak sempurna.
Setiap 100 gram beras yang belum dimasak mengandungi 63.6 peratus kanji, manakala jumlah kanji ini berkurang kepada 28.7 peratus setelah beras dimasak menjadi nasi.
Justeru, pengambilan makanan berkanji yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko diabetes, penyakit jantung dan kenaikan berat badan. Maka adalah lebih baik jika kita mencegah perkara ini dari awal.
Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan kaedah masak nasi tanpa kanji yang mudah. Dikongsi oleh saudari Noreez Rahmat ini caranya.
Tanak nasi, guna beras biasa dengan air yang banyak
2. Biarkan mendidih dan separuh masak.
3. Buang air kanji dan bilas dengan air paip.
4. Toskan nasi dan masak dalam rice cooker tanpa tambah air.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.