Ini Rahsia Buat Kentang Goreng Rangup & Sedap Macam Kat Restoran Makanan Segera.

Share

Kalau anda kerap hadapi masalah goreng kentang tapi lepas digoreng kentang tidak ranggup, tak sedap dan berminyak. Jangan risau, kali ini RASA kongsikan tip mudah macam mana nak jadikan kentang goreng rangup dan sedap. Macam kentang goreng kat restoran makanan segera.

Ikut je cara ni gerenti kentang goreng jadi lebih ranggup dan sedap.

  • Pilih kentang yang elok, takda bahagian yang busuk, kulit licin, tidak berlekuk-lekuk mahupun ada kesan hitam atau tunas kentang pada kulit.
  • Rendam kentang yang telah dikupas, potong dan rendam dalam air sejuk lebih kurang 30 minit. Tujuannya supaya kentang segar.
  • Selepas ditoskan air, taburkan sedikit tepung jagung di atas kentang supaya menyerap kelembapan kentang.
  • Goreng menggunakan minyak banyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng kentang.

Senangkan?  Lepas ni boleh cuba dan bila rasa lapar takda kudapan buat je sendiri. Lebih jimat dan sihat.

IKLAN