Siapa yang tak kenal dengan Datin Furyna yang jelita dan kecil molek ini, beliau seorang pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat  AuraWhite Global Sdn Bhd.  Dah tentulah jadual hariannya sentiasa sibuk. Tapi bila RASA sempat menjengah dapur  beliau, Tuuu diaaa… atas meja makan  dan penuh dengan juadah yang sudah siap dimasak dan masih panas lagi. Ada Ayam Masak Merah, Udang Masak Lemak, Sayur Campur, Sambal Paru, Sambal Belacan dan ulam-ulaman.

Ini Rahsia Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Terlajak Sedap,  Mak-Mak Boleh Cuba!

“Kami suami isteri memang suka masakan kampung yang ringkas, macam hari ni. Tetapi menu paling istimewa kami adalah Ayam Masak Merah. Menu ni, lain dari yang lain  sebab menu ini ditambah santan dan badam kisar supaya ia lebih pekat dan berkuah. Resipi ini adalah menu wajib Hari Raya, kenduri kendara atau bila keluarga semua berkumpul.

” Wakil RASA wajib cuba sebab ini adalah warisan keluarga kami turun temurun,” ujar Datin Furyna tak kekok di dapur dan cukup suka ke pasar.

Ujarnya lagi sudah menjadi kebiasaannya, kalau ke pasar terlebih beli barang sebab rambang mata tengok ikan, seafood atau sayur-sayur segar, namun ia tidak membazir, sebab  semuanya akan disimpan dalam frezer, kerana Datuk suka menjemput rakan-rakan bisnes dan sanak saudara datang makan di rumah mereka. Dah tentulah Datin yang akan masak dan segala pesiapan bahan pembantu akan tolong, sebab memasak di dapur menjadi satu terapi bagi Datin.

 

Ads

Ini Rahsia Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Terlajak Sedap,  Mak-Mak Boleh Cuba!

“Saya memang suka masak sejak zaman remaja lagi, malah keluarga saya dan Datuk pun memang jenis yang pandai masak. Cuma sebagai iseri saya tak suka suami masuk dapur,  biarlah saya sorang yang masak dan dia menikmati apa yang isteri masak. Untung saya kerana Datuk  jenis makan tak cerewet dan suka  hidangan yang ringkas tapi sedap. Anak-anak pun sama,” cerita Datin Furyna yang ramah melayani kami menikmati juadah air tangannya  sedap sekali.

Sebagai buah tangan pada anda semua, berikut Datin kongsikan dua resipinya:-

Ini Rahsia Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Terlajak Sedap,  Mak-Mak Boleh Cuba!

SAMBAL PARU

BAHAN-BAHAN::

  • 500gm paru | rebus dan hiris nipis
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang Holland | hiris bulat
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  5. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
  6. Gaul rata kemudian tutup api.
  7. Sambal paru sedia dihidangkan.

Ini Rahsia Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Terlajak Sedap,  Mak-Mak Boleh Cuba!

Ads

AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong sederhana
  • 100gm buah badam | kisar
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 biji cli merah | hiris serong
  • 2 sudu makan puri tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 2 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3 biji buah keras

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga 3/4 masak.Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  3. Tambah puri tomato dan sos cili, kacau rata.
  4. Tambah ayam tadi dan gaul rata, kemudian tambah air asam jawa dan santan.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
  7. Sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI