Ini Caranya Nak Jimat Masa Memasak

Share

Biarpun sudah penat bekerja seharian, sekembalinya di rumah terpaksa pula membuat persiapan untuk menyediakan hidangan makan malam. Kebiasaannya ia memerlukan masa yang agak lama. Rutin harian seperti ini pasti memenatkan anda. Namun tahukah anda, ada tip dan teknik yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan proses penyediaan hidangan lebih cepat dan mudah.Boleh ikut langkah berikut untuk manfaat bersama.

1. Kisar ramuan
Pastikan kisar terlebih dahulu lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia secara berasingan. Kemudian simpan di dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila anda ingin menyediakan hidangan, anda hanya perlu mengambil bahan tersebut dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa penyediaan hidangan.


2. Siang ikan dan ayam terlebih dahulu
Pastikan ikan dan ayam yang telah dibeli daripada pasar raya di siang terlebih dahulu dan dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ini dapat membantu anda mempercepatkan proses penyediaan hidangan tanpa perlu membuang masa untuk melakukan pelbagai perkara sebelum memasak.

3. Rancang menu
Selalu fikirkan masakan yang hendak disediakan untuk keluarga lebih awal. Perancangan menu yang berjadual dapat mengelakkan anda daripada membuang masa terlalu lama untuk memikirkan menu yang ingin dimasak. Jika anda mempunyai jadual menu harian, pasti setibanya di rumah anda terus dapat menyediakan hidangan dengan serta-merta.

4. Kupas kulit
Jika anda tidak gemar mengisar bahan-bahan seperti bawang merah dan bawang putih terlalu awal untuk disimpan di dalam peti sejuk. Jadi anda hanya perlu kupas terlebih dahulu kulit bawang dan cuci bersih. Kemudian toskan dan simpan di dalam bekas berpenutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

5. Ketumbar biji dan jintan biji siap disangai


Bila hari minggu, ada baiknya ketumbar biji dan jintan biji disangai (digoreng tanpa minyak). Kemudian kisar dan simpan di dalam bekas berpenutup. Cara ini akan dapat mengekalkan aroma dan paling utama cara ini dapat membantu anda menyediakan hidangan istimewa dengan lebih cepat proses penyediaannya.

6. Adakan stok makanan dingin beku
Nugget, kentang, tempura isi ikan burger, karipap dan sebagainya perlu ada di dalam peti sejuk. Menyediakan hidangan ini lebih mudah dan cepat.

7. Perapan ayam
Jika anda telah merancang untuk menyediakan menu ayam goreng pada esok hari. Sebaiknya pada malam itu anda telah gaulkan serbuk kunyit dan garam terlebih dahulu. Kemudian jangan disimpan di dalam freezer, tetapi letakkan ayam tersebut di dalam peti sejuk sahaja. Jadi setelah pulang ke rumah anda boleh terus menggoreng ayam tersebut dan ia cukup.

Sumber gambar: 123 royalty free

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.

IKLAN