Ini Caranya Nak Buat Daging Masak Hitam Kenduri Style Jadi Sedap

Share

Daging bukan sebarang daging, tapi Daging Masak Hitam Kenduri Style yang super sedap!

Bila musim duduk rumah macam ni, tekak ni macam-macamlah seleranya. Rindu pula nak makan lauk yang dihidangkan pada majlis kenduri.

Jom kita buat resipi daripada Ameera ini.

DAGING MASAK HITAM STYLE KENDURI

BAHAN-BAHAN:

Daging ( saya ambil daging bahagian betis tapi boleh pilih nak masak bahagian apa, daging batang pinang pun sedap)
20 tangkai cili kering | direbus kemudian dikisar – beli online di sini
Kicap manis – beli online di sini


Kicap pekat – beli online di sini
1 sudu makan cuka – beli online di sini
Rempah 3 sekawan (bunga cengkih, biji pekaga, kayu manis)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula – beli online di sini 

BAHAN KISAR:

2 biji bawang merah besar – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
Halia (besar ibu jari) – beli online di sini
2 batang serai  – beli online di sini
1 sudu kecil lada hitam
1 biji buah keras
1 sudu makan kismis

CARA-CARA:

1.Bersihkan daging. Kemudian di dalam satu bekas, satukan daging dengan cili kering yang sudah dikisar yang sudah dikisar tadi.


2.Masukkan kicap manis (cap kipas udang). Tuang je sampai warna bertukar. Agak-agak ye. Masukkan kicap pekat. Bajet- bajet tengok dah hitam sikit ok dah.


3.Kemudian, masukkan cuka. Gaul semua bahan, pakai sudu ye gaul. Kali ini jangan pakai tangan. Ketepikan selama 1 jam.


4. Panaskan minyak. Tumis rempah 3 sekawan. Masukkan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.


5. Apabila sudah pecah minyak, kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau bagi rata. Jangan tambah air apa-apa dah.


6.Masak sampai daging empuk dengan menggunakan api sederhana. Angaran masak dalam 35 minit. Masak daging memang ambil masa sedikit.


7. Apabila daging dah nampak empuk dan kering sedikit, masukkan sos tiram. Gaul rata lagi. Api perlahan ye.


8. Masukkan gula bagi ada rasa lebih padu. Tapi kalau tak nak masukkan pun tidak mengapa. Ikut selera masing-masing. Nampak dah kering siap dah la. Tutup api.

Kredit resipi: Ameera

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN