Ini Caranya Buat Kopi Ais Kaw, Gerenti Tak Cukup Segelas

Share

Panas begini sedapnya hirup kopi ais yang padu rasanya. Nak buat sendiri, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ben Safwan ni. Serbuk kopi premium Ben guna, warna hitam tak terlalu terang. Sukatan ini  untuk 1.6 liter. Korang memang kena buat , kaw kaw sedapnya.

Kopi Ais Kaw

Bahan-bahan:

2 sudu serbuk kopi premium( pilih roasted sederhana)

1 cawan susu cair

½ cawan air

Ketul ais

 

Cara membuat:

1.Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api.

2.Gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.

3.Isi satu cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat.

4.Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun.  

5.Simpan dalam freezer untuk rasa yang lebih umphhh.

Kredit: Ben Safwan

IKLAN