Cara Senang Buat Pizza Homemade, Mak-Mak Boleh Cuba Ni.

Share

Anak-anak menang suka makan pizza, tapi nak makan selalu harganya pun boleh tahan. Jadi bagi memenuhi kehendak anak-anak yang asyik lapar cuti sekolah ni,  Apa kata mak-mak cuba buat sendiri pizza yang ringkas  tapi rasanya tak kalah dengan pizza yang  dijual direstoran. Ikut je resipi dan cara membuatnya seperti yang RASA kongsikan ini.

PIZZA GUNTING

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 batang roti Perancis | potong dadu

BAHAN ISIAN:

  • 5-6 biji  telur
  • 200gm daging kisar
  • 200gm keju Mozarella
  • 3 sudu makan sos tomato
  • Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
  • Sedikit nanas dalam tin
  • Sedikit cendawab inoki
  • Sedikit hirisan tomato
  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN PERISA:

  • Sedikit lada hitam | kisar kasar
  • Sedikit perasa ayam
  • Sedikit garam

 LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1:

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata hingga daging bertukar warna coklat.

LANGKAH 2 :

Masukkan sos tomato dan terus kacau.

LANGKAH 3:

Masuk garam, serbuk lada hitam dan serbuk perasa ayam secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.

LANGKAH 4:  Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata, kemudian masukkan  bahan tumisan dan  kacau sebati.

LANGKAH 5:

Masukkan roti dalam Loyang pembakar non stick. Kemudian tuangkan bancuhan telur bersama bahan tumisan di atasnya.

LANGKAH 6:

Taburkan di atasnya dengan hirisan cili benggala, cendawan, nanas dan akhir sekali, keju. Kemudian bakar dalam dengan suhu 180 lebih kurang 20-25 minit. Atau ikut kesuaian ketuhar.

 

IKLAN