
Peminat buah-buahan tempatan pasti suka makan buah tersebut bersama colek. Salah satu colek yang sedap adalah serbuk colek versi Thailand. Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Sememangnya sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
SERBUK COLEK ALA THAI

BAHAN-BAHAN
15 tangkai lada kering
3 inci belacan
1 cawan udang kering
2 cawan gula pasir
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
TIP
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Selamat mencuba!
Resipi Oleh Are Piz dari Telegram KakiMakan
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 6 Sayur Goreng Salut Tepung, Mak-Mak Boleh Cuba.

Sebut je sayur mesti terbayangkan masak tumis, bening, sup atau gulai. Tapi sebenarnya sayur juga sedap digoreng salut atau celup tepung, namun bukan semua sayur yang sedap digoreng salut tepung ni. Selain sedap dimakan dengan nasi cecah sambal, sayur goreng juga sedap dijadikan kudapan ringan sambil menonton. Ini dia enam jenis sayur yang boleh digoreng salut tepung. Mungkin ini idea bagus untuk anak-anak makan sayur
Terung

Bayangkan terung yang lembut dan manis rasanya itu digoreng dengan tepung, terasa ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Kena pulak dengan pencecah memang terbaik sedapnya. Cuma semasa menghiris pastikan saiz terung adalah sama dan hirisan tidak terlalu nipis atau tebal.

Brokoli
Brokoli antara sayuran hijau kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Brokoli goreng tepung antara menu yang sangat sedap. Korang boleh potong brokoli menjadi ketulan-ketulan kecil sebelum disalut dengan adunan tepung kemudian goreng minyak banyak. Untuk tambah perisa, adauna tepung boleh tanpa perasa ayam, rempah kari, serbuk cili, lada hitam atau tomyam. Terpulang pada cita rasa.

Bunga Kubis
Cara potong dan menggoreng bunga kubis sama seperti brokoli untuk digoreng tepung. Namun teksturnya yang ranggup dan empuk pasti disukai ahli keluarga terutama anak-anak.

Lobak Merah
Lobak merah goreng tepung memang sedap, rangup dan manis. Cara paling mudah menyediakannya, adalah dengan menghiris lobak merah seperti kentang goreng. Potong memanjang lebih kurang 3-4cm, kemudian kukus hingga empuk sebelum sedia dicelup tepung dan goreng hingga rangup.

Bayam
Rangup dan sedapnya kerepek bayam, kerana itulah ramai yang menyukainya sebagai kudapan sambail santai menoton TV. Siapa sangka ia hanyalah sehelai daun bayam yang nipis dan berubah menjadi kerepek yang rangup bila digoreng dengan salutan tepung.

Kacang Buncis
Mungkin jarang dengar kacang buncis boleh digoreng celup tepung. Tapi percayalah rasanya sedap, rangup dan manis. Apa lagi jika dimakan panas-panas.
Dari enam jenis sayur ini mana satu pilihan korang, atau ada cadangan sayur lain yang pernah korang buat. Boleh share dengan RASA ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau Jumpa Habuk Dalam Cili Kering, Jangan Guna. Bahaya, Ia Kulat Yang Tinggi Toksin

Habuk dalam cili kering memang biasa kita temui ketika menggunting cili sebelum dikisar. Kita anggap habuk ini sekadar kotoran dan tak memberi kesan. Tapi salah ya, habuk dalam cili kering ini sebenarnya adalah spora kulat/ fungi yang berbahaya.
Sekiranya terjumpa, sebaiknya buang saja. Habuk ini berasal dari fungi jenis aflatoxins yang sangat tinggi toksin dan boleh jadi penyebab penyakit kanser.
Perkara ini dijelaskan oleh Syifa’ Ul-hanani dalam satu perkongsian beliau. Berikut adalah penjelasan tentang bahaya habuk dalam cili kering yang wajib kita ketahui.
Habuk dalam cili kering bahaya!
“Cili kering biasa kalau penuh kulat berhabuk Basuh saja nanti hilang, boleh saja guna. Selama ni saya guna okay je.”
Ini ayat biasa orang awam yang belum tahu. It is okay. Jom sama-sama kita belajar

Ada sebab kenapa saya terangkan pasal fungi dulu, di hujung baru masuk pasal cili kering. Secara ringkasnya habuk yang kita nampak itu hanya bahagian reproduktif/pembiakan kulat ini. Kalau pokok macam bunga. Pokok itu sendiri kita panggil vegetatif (mycelia bagi fungi).
Bagi higher fungi, akan ada fruiting body iaitu cendawan dan dalam cendawan tersebut ada spora seperti debunga atau benih. Tapi untuk lower fungi ia hanya menghasilkan spora sahaja.
Sebelum menghasilkan spora, tidak kiralah higher atau lower fungi, ia perlu capai tempoh matang dahulu bersama dengan keperluan hidup serta keadaan yang optimum. Maksudnya, sebelum keluar spora kulat sudah ada, mycelia merebak di seluruh cili kering ibarat sawang labah-labah yang membungkusi cili kering. Tapi yang ini lagi ekstrem, ia berlaku dari dalam, pada pringkat sel cili kering.
Ataupun lebih ringkas lagi, yang kita nampak itu rumput saja tapi akar yang merebak bawah tanah kita tak tahu sampai mana. Jadi kalau kita cabut rumput, adakah ia hilang? Tak… ia akan tumbuh lagi kerana bawah tanah penuh dengan sulur dan akar rumput. Faham?
Jadi kalau dibersihkan spora fungi yang ada pada cili kering pun tak guna, sebab dalam sel cili kering itu sendiri sudah ada mycelia yang seperti akar.

Fungi kategori sangat toksik, kena buang kalau dapat
Jadi betul ke berbahaya kulat pada cili kering tu? Yes!
Fungi yang ada pada cili kering adalah jenis Aspergillus sp. Dan majoritinya adalah Aspergillus section Flavi. Fungi ini adalah jenis fungi yang menghasilkan aflatoxins ampuh kategori sangat toxic (highly toxigenic).
Aflatoxins adalah bahan yang hepatocarcinogenic metabolit iaitu ejen penyebab kanser hati. Ada 4 jenis aflatoxins dan yang paling toksik adalah B1 yang dihasilkan oleh Aspergillus, fungi cili kering.
Aflatoxin ini bahaya untuk manusia dan haiwan. Bukan cili kering saja hasil pertanian yang selalu ditumbuhi dengan Aspergillus. Oleh itu beberapa negara di dunia membuat regulasi bagi menentukan limit aflatoxin yang dibenarkan dalam makanan contohnya US, 20microgram/kg. Barulah ia dibenarkan untuk dijual. Jika tidak petani terpaksa buang begitu saja hasil pertanian mereka.
Tapi, semasa beli cili kering Aspergillus tak nampakpun tiba-tiba kita balik rumah perap cili dalam almari dan bila nak masak tengok dah berkembang biak. Masa gunting berhabuk teruk. Sebabnya, keadaan tempat simpan sangat kondusif. Lembap, gelap, sunyi, suhu pun sesuai?
Bila begini dah tentu sudah lebih limit selamat 20 microgram/kg yang selamat kita makan. 100-1000 kali dos asal. Jadi apa yang perlu dibuat kalau cilinya begini? Buang! Jangan sayang sangat. Kesihatan lagi penting.
Tak kena kanser sekarang belum tentu takkan kena nanti. Lagipun kanser bukannya kita makan karsinogen hari ni, esok terus kena kan.

Fakta perlu tahu
Ini fakta yang patut kita tahu dan ingat sebelum rasa sayangnya cili kena buang.
1. Pemakanan cili yang tercemar dengan aflatoksin di kawasan pengeluar cili besar dikaitkan dengan kanser hempedu di Bolivia, Chile dan Peru (Asai et al., 2014; Nogueira et al., 2015).
2. Keimunan badan jadi lemah, senang kena penyakit(Turner et al., 2003).
3. Pertumbuhan dan perkembangan terbantut bagi kanak-kanak (Khlangwiset et al., 2011).
4. Boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan hati, sirosis yang diikuti dengan kematian (Liu and Wu, 2010).
Nota Tambahan
Kalau nak beli cili bulat tiada masalah. Boleh guna kaeadah di bawah:
- Selepas beli buka plastik dan jemur bawah matahari sampai kering garing. Elok belah memanjang dulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara. Boleh letak dessicant (macam dalam kotak kasut tu)
- Masukkan dalam peti ais/freezer. Nak guna baru keluarkan.
- Beli sikit-sikit, terus masak.
- Proses terus lepas beli kemudian bekukan pes tadi.
Sumber: Syifa’ Ul-hanani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salmon Ikan Unik Yang Mahal Tapi Bersebab! 7 Khasiat Dan Manfaat Ikan Salmon Untuk Tubuh.

Setiap makanan di dunia ini dicipta dengan pelbagai keistimewaan untuk manusia. Termasuklah juga hidupan laut seperti ikan yang mengandungi pelbagai khasiat yang memberi manfaat kepada tubuh manusia.

Ikan salmon misalnya, termasuk ikan yang unik. Ikan salmon lahir di perairan air tawar, berhijrah ke lautan dan apabila tiba masa untuk membiak, ia akan kembali ke air tawar.
Di dalam Al-Quran menyebut:
“Dan DIA-lah Allah yang menundukkan lautan untukmu agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai dan kamu melihat bahtera berlayar padanya dan supaya kamu mencari keuntungan daripada-NYA dan supaya kamu bersyukur”. – (An Nahl :14)
Selain dikenali sebagai ikan yang unik, ikan salmon juga terkenal sebagai ikan dengan kandungan zat yang tinggi dan memiliki berbagai khasiat bagi tubuh. Salah satu kandungan yang ada dalam ikan salmon adalah omega-3 yang sangat tinggi. Berikut ini adalah beberapa manfaat makan ikan salmon untuk tubuh:

- Meningkatkan fungsi otak dan memori
Ikan salmon mengandung vitamin A dan asid amino yang sangat efisien dalam merangsang aktiviti otak dan membuat fungsi memori Anda secara optimum. Komponen ini memberikan kontribusi terhadap pertumbuhan dan perkembangan sel otak. - Mengurangi peradangan
Memakan ikan salmon boleh mengurangi kemungkinan pembekuan darah, seterusnya menghilangkan risiko strok, radang sendi darah, atau kanser. - Pengembangan otot
Kandungan protein dan asid amino dalam ikan salmon merupakan blok bangunan terbaik untuk pengembangan otot. Nutrisi ini juga terkenal untuk mengembangkan jaringan tubuh. - Menjaga kulit dan rambut tetap sihat
Kandungan nutrisi lemak omega-3 dalam ikan salmon mampu membuat anda terlihat awet muda. Tidak hanya kulit, omega-3 dan protein dalam ikan salmon juga boleh menjaga kekuatan rambut. - Meningkatkan metabolisme
Ikan salmon juga dikenali sebagai pengawal diabetes terbaik dan pengawal gula darah. - Mencegah serangan jantung
Ikan salmon merupakan makanan terbaik untuk diambil oleh pesakitjantung. Hal ini kerana umumnya salmon mengurangi masalah kardiovaskular. - Mengurangi depresi
Ikan salmon juga mengandung omega-6 yang sangat efektif dalam mengurangi depresi dan jenis-jenis stres. (#KITAKANISLAM)
SALMON PANGGANG SOS LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping filet ikan salmon segar
- 1 sudu makan lada hitam
- 1 sudu makan lada putih
- ½ sudu makan serbuk rosemary
- ¼ sudu makan garam
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan minyak bijan
- ½ sudu makan cuka
BAHAN SOS:
- ¼ cawan sos tiram
- ½ sudu makan kicap manis
- ½ sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan serbuk lada putih
- 1 sudu teh jus limau katsuri
- ½ cawan stok ayam
- 3 biji cendawan shiitake |racik kasar
- Brokoli secukupnya |potong dan celur
- ½ batang lobak merah | potong dam celur
- Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaul ikan salmon dengan lada hitam, lada putih, serbuk rosemary, garam, minyak zaitun, minyak bijan dan cuka. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
- Untuk membuat sosnya; Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga harum, lalu masukkan sos tiram, kicap, lada hitam, lada putih, stok ayam, cendawan dan jus limau kasturi. Kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biar mereneh seketika, angkat dan ketepikan.
- Kemudian, panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali pemanggang dan panggang ikan salmon yang sudah diperap tadi sehingga masak. Usah terlalu lama kerana isinya akan menjadi kering. Angkat.
- Di dalam pinggan, hidangkan ikan salmon bersama sos dan brokoli dan lobak merah yang telah dicelur tadi.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh dihidangkan bersama kentang putar jika mahu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

