Ini Cara Buat Roti Sosej Cheese Simple & Mengenyangkan

Share

Menu sarapan hari ni kita buat yang anak-anak suka. Roti menjadi kesukaan mereka. Jadi untuk lebih enak, kita letakkan sosej dan cheese. Harum semerbak bila membakarnya nanti buat anak tak sabar nak makan.


ROTI SOSEJ CHEESE
Bahan A
250gm tepung roti ( wajib untuk dapatkan roti yang lembut )


35gm gula halus
5gm yis ( 1 sudu kecil )
50gm mentega/butter
90gm air sejuk peti ais
1 biji telur
Secubit garam
1 peket sosej (direbus sekejap)
Mixed vege rendam dalam air panas sekejap dan tos (campur dengan sedikit mayonis)
Mayonis
Sos cili
Cheese parmesan/mozzarella

Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan A dalam bread maker/ mixer kecuali mentega
2.Bila dah sebati, baru masukkan mentega
3.Uli lagi hingga doh jadi elastik dan lembut


4.Perap sekejap dalam 30 minit.
5.Timbang setiap doh 40gm.
6.Bentukkan bulat dan canai memanjang.
7.Masukkan dalam paper cup untuk roti.

8.Bila doh dah naik sikit, baru letakkan sosej.
9.Biarkan roti naik kembang 2x ganda.
10.Bila dah kembang letakkan mixed vege.
11.Paipkan sos cili dan mayonis.
12.Taburkan cheese.
13.Sedia untuk dibakar suhu 180 selama 20-25 minit.


Kredit: Hidayati Hana

IKLAN