Ini Cara Buat Mi Kuning Tanpa Guna Kapur & Bahan Pengawet.

Share

Wow..mudah je rupanya nak buat Mi Kuning secara homemade. Maklumlah, di laman sosial sekarang ramai yang rajin berkongsi aneka resipi homemade yang senang dan boleh menjimatkan belanja dapur. Salah satu yang anda boleh cuba buat sendiri ialah Mi Kuning. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari  Roshima Ibrahim Shima ini tidak menggunakan kapur dan tiada bahan pengawet. Bolehlah cuba buat untuk masak mi goreng

, mi sup dan sebagainya untuk keluarga.

 

CARA BUAT MI KUNING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu makan garam
  • Pewarna kuning secukupnya
  • 1 gelas air – jumlah air kena agak-agak. Letak sedikit demi sedikit dan pastikan adunan tidak lembik.

 

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan tepung gandum ke dalam besin.

2. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul dan tuang ke dalam tepung.

3. Masukkan pewarna kuning, gaul rata. Tambahkan juga air yang telah dibancuh dengan garam sedikit demi sedikit.

4. Uli tepung hingga sekata. Pastikan adunan tidak lembik. Bulat-bulatkan doh dan leperkan.

5. Canai dan leperkan doh guna mesin mi. Ubah suai ketebalan dari tebal ke nipis. Ulang berulang kali. ( empunya resipi guna pencanai no 7. )

6. Setelah doh kelihatan nipis, sapukan tepung di permukaan doh. Kemudian masukkan kembali ke dalam mesin mi untuk memotong.

7. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan sedikit minyak masak.

8. Masukkan mi dan celur seketika. Setelah mi kelihatan timbul, angkat dan toskan airnya. Titiskan sedikit minyak pada mi bagi mengelakkan ia melekat semasa sejuk nanti.

 

9. Mi kuning sedia dimasak mengikut citarasa anda.

 

INFO CHEF: 1 kg tepung gandum akan menghasilkan 2kg mi

Kredit resipi & foto: Roshima Ibrahim Shima

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN