Korang pernah makan kuih Mochi, kuih berasal dari Jepun yang berwarana warni dan berinti manis ini mula digemari oleh masyrakat Malaysia. Namun tahu tak korang yang kuih ini sangat senang disediakan kerana ia diperbuat dari tepung pulutn yang memberikan tekstur kulit Mochi berasa kenyal dan intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa korang semua.  Bagi memudahkan ini RASA kongsi resipi dan cara membuat kuih Mochi Inti Kacang Tanah yang sangat sedap.

KUIH MOCHI INTI KACANG TANAH

Ini Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang.

BAHAN-BAHAN:

Kulit Mochi:

  • 400gm tepung beras pulut | sangai sekejap
  • 40gm tepung beras | sangai sekejap
  • 70gm tepung jagung | sangai sekejap
  • 200gm gula pasir
  • 3500ml air
  • 150ml susu penuh  krim
  • 4 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh garam halus
  • Pewarna kuning dan merah

Ini Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang.

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 160gm kacang tanah
  • 60gm gula pasir
  • 6 sudu makan air masask

CARA MEMASAK:

Ini Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang.

Untuk Menyediakan Kulit Mochi:

  1. masukkan tepung pulut di dalam mangkuk adunan bersama tepung beras dan mentega.
  2. Adun rata.Campurkan gula garam, susu dan air, larutkan bersama.
  3. Kemudian tuangkan dalam mangukuk berisi campuran tepung tadi.
  4. Gaul rata hingga menjadi doh lembut (tidak terlalu cair atau keras).
  5. Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
  6. Setiap satu bahagian warna dengan warna hijau, kuning dan merah.
  7. Gaul rata supaya adunan sebati.
  8. Kemudian kukus antara 25-30 minit dalam pengukus yang sudah sedia dipanaskan.
  9. Setelah masak biarkan sejuk sedikit.

Ini Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang.

IKLAN

Untuk Menyediakan Inti:

  1. Goreng sangai kacang tanah yang telah dibuang kulit.
  2. Kemudian tumbuk atau kisar kasar.
  3. Larutkan gula bersama air suam. Kemudian tuang air gula dalam mangkuk kacang tadi.
  4. Gaul rata hingga sebati. Ketepikan.

Ini Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang.

Cara Masukkan Inti:

IKLAN
  1. Ambil tiga sudu makaan adunan kulit Mochi lalu leperkan  di atas tangan dengan yang telah disapukan dengan tepung jagung tadi.
  2. Kemudian letakkan 1 sudu makan inti kacang ditengahnya.
  3. Kemudiaan balut inti hingga menjadi bentuk bulat.
  4. Kemudiaan golekkannya di atas tepung jagung yang telah disangai.
  5. Kuih Mochi sedia dihidangkan.

Ini Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang.

Senangkan? Harap percubaan korang menjadi dengan jayanya ye…

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI