Ini Cara Buat Kuih Lopes Guna Rice Cooker. Mudah, Pantas & Menyelerakan!

Share

Anda teringin nak makan kuih lopes? Boleh cuba buat menggunakan rice cooker, tidak perlu lagi nak kukus. Senang dan cepat jika anda guna cara ini. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani.

KUIH LOPES ‘RICE COOKER’

 

BAHAN PULUT:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • Sedikit garam – beli online DISINI
  • Sedikit pewarna hijau – jika perlu
  • Kelapa parut secukupnya

 

BAHAN AIR GULA MELAKA:

  • 1 keping gula melaka – beli online DISINI
  • 1 cawan gula perang
  • 5 cawan air
  • 1 helai daun pandan

 

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.

 

2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.

 

3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)

 

4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.

5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.

6. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.

 

Kredit resipi & foto: Shahera Ilani

 

Anda mencari RICE COOKER? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN