Sebut je Dumpling, para pengemarnya mesti sudah terbayangkan keenakannya yang lembut dengan kulit yang nipis lembut dan kulit lut sinar sehingga menampakkan isian di dalamnya. Dicicah pula dengan sos kesukaan, mesti tak berpaling makan, apa lagi bila dihidangkan panas-panas baru keluar dari pengukus. Kalau korang rasa nak buat sendiri, takda masalah, ini RASA kongsikan tip supaya korang suskes menyediakan kulit dumpling dan cara membuatnya sekali.
Gunakan tepung ten mien untuk menghasilkan kulit dumpling yang lut sinar sehingga isian di dalamnya boleh dilihat. Korang boleh je gunakan tepung gandum biasa tetapi hasilnya kurang memuaskan, ia kurang shiny dan tidak lut sinar.
Gunakan udang yang fresh sehingga rasanya manis dan sedap. Lap udang sekering mungkin dengan tisu dapur adunan inti tidak basah. Adunan isi yang basah akan membuat kulit dumpling mudah berlubang. Selain udang sebagai isi dumpling, korang juga boleh tambah bahan lain seperti cendawan shiitake dan lobak merah agar dumpling lebih berisi.
Potong kulit dumpling dengan diameter lebih kurang 8 – 10 cm, lebih kecil lagi akan menyulitkan anda untuk membentuknya.Semasa mengukus, alas pengukus dengan kertas baking supaya dumpling tidak lekat dan jarakkan antara satu sama lain.
Dah tahu tipnya, jom kita buat Dumpling Udang yang sedap. Sedap sebagai hidangan minum petang sempena mood Tahun Baru Cina Ni, yang penting ia sedap dan halal.
DUMPLING UDANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KULIT:
150 gm tepung ten mien
50 gm tepung sagu
225 ml air panas yang mendidih
1 sudu teh garam
BAHAN ISIAN:
300gm udang| buang kepala & kulit, kemudian bersih dan tos
2 buah cendawabn | hiris kecil
1 biji putih telur
1 sudu makan makan tepung sagu
1 batang daun bawang rajang halus
11/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih| cincang halus
1 hirisan halia| cincang halus
1/2 sudu makan kecap asin
1/2 sudu makan saus tiram
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
2 sudu teh gula pasir
CARA MEMASAK:
Ads
Masukkan tepung ten mien, tepung sagu dan garam dalam mangkuk, gaul rata mengguna penyepit.
Masukkan air mendidih ke dalam campuran tepung, adun guna penyepit hingga menjadi doh lembut dan lembab.
Tutup dengan plastik wrap selama 19 minit.
Selepas 10 minit uli semula hingga sebati.
Canai doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan tepung.
Uli hingga jadi adunan licin, kemudian bentukkan seperti selinder.
Hiris nipis adunan menggunakan pisau tajam, kemudian canai menjadi nipis dan terap dengan acuan bulat lebih kurang diameter 8.5cm.
Lakukan hingga siap dan ketepikan dan tutup dengan kain.
Sediakan bahan inti. Potong-potong udang ukuran +1/2 cm.
Masukkan udang, cendawan dan semua bahan isi lainnya ke dalam mangkuk.
Gaul rata dan toskan jika berair.
Ambil sekeping kulit dumpling, isiikan bahan isian kemudian tangkupkan bahagian tepi menjadi seperti separuh bulatan.
Ads
Lekatkan bahagian tepinya supaya tidak terbuka, kemudian klim. Lakukan hingga habis.
Sediakan pengukus, kemudian lapis pengkus dengan kertas baking. Susun dumpling di atasnya.
Kukus dumpling lebih kurang 10 minit atau hingga kulit dumpling kelihatan lut sinar.
Dumpling sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara menggoreng yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kandungan kolestrolnya.
Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.
Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.
Tapis Makanan
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.
Bila kita gunakan mesin pengisar untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada. Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender pula berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Bau bawang dan kesan kunyit ni kalau dibasuh guna pencuci kadang-kadang susah nak hilang. Sebenarnya ada cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
CARA HILANGKAN BAU BAWANG & KESAN KUNYIT PADA BLENDER
BAHAN-BAHAN:
1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya
CARA-CARA:
1. Ambil limau nipis. Potong kecil.
2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.
5. Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba!
Tengah usha PENGISAR baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Masalah singki tersumbat boleh buat spoil mood memasak kaum wanita. Kena selesaikan segera supaya pinggan mangkuk tak bertimbun sampai sakit mata.
Tapi sebelum panggil plumber kita sebenarnya boleh DIY untuk atasi masalah ini. Caranya hanya dengan menggunakan tiga bahan yang biasa ada di dapur iaitu cuka, baking soda dan air panas. Bukan saja singki, saluran bilik air atau longkang tersumbat pun boleh setel dengan kaedah ini.
Cara-cara
1) Sediakan baking soda, cuka dan air panas. Biarkan air dalam singki kering, atau keluarkan air di dalamnya.
2) Kemudian tuang baking soda dalam lubang singki diikuti dengan cuka. Ketika ini akan nampak berlaku kemeluapannya. Tunggu sekitar 5 minit.
3) Kemudian tuang air panas menggelegak di dalam lubang singki. Biarkan lebih kurang setengah jam. Waktu ini akan dengar bunyi gelegak dan air turun serta merta.
Info Penting! Jangan harap dapat hasil serta merta. Kena tunggu 30 minit barulah akan dengar bunyi air mengalir kembali.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!