Ini Cara Buat Agar-Agar Atau Puding Tidak Berair.

Share

Agar-agar atau puding adalah dessert yang disukai ramai, kerana itu puding menjadi pencuci mulut wajib di kebanyakan majlis jamuan makan. Sayangnya ada masa puding yang anda sediakan terlembik dan berair, ia mematikan selera dan tidak segar.  Ini menyusahkan tetamu untuk mengambilnya jika anda hidangkan dalam pinggan hidangan.

Tapi jangan bimbang, ikut tip senang  ini, pasti puding anda tidak lagi berair:-

  • Selepas masak, biarkan puding sejuk dengan sendiri. Jangan tutup puding kerana wapnya akan menyebabkan puding berair. Tutupnya selepas ia sejuk sebelum disimpan dalam peti sejuk.
  • Elakkan menympan puding terlalu lama dalam petisejuk, ia adalah lebih baik dihidangkan dalam keadaan yang fresh.
  • Sebaiknya sediakan puding tiga jam sebelum disajikan, jika terlalu lama disimpan dalam peti sejuk ia akan jadi berair.

Cuba ye…

IKLAN