Ikut Cara Ni Buat Tauhu Telur Bersih Dan Halal

Share

Tauhu telur ni kalau dimasukkan dalam sayur campur atau sup sayur memang enak rasanya. Pastikan jika beli tauhu telur ada loga halal di paketnya. Jangan tersilap ambil pula. Nak mudah jom buat sendiri tauhu telur.  Ikut langkah berikut confirm berjaya.

TAUHU TELUR HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred A
  • 225 ml air soya
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Plastik aiskrim

Cara membuat:

1.Pecahkan telur.

2.Masukkan garam.

3.Masukkan air soya (untuk air soya boleh guna apa saja brand,air soya yang tak ada gula pun boleh)

4.Kacau sebati semua bahan.

5.Tapis supaya tiada bubble.

6.Masukkan ke dalam plastik aiskrim.

7.Ikat kemas-kemas.

8.Panaskan air,tidak perlu sampai mendidih.

9.Masukkan tauhu telur,masak sehingga 30 minit dengan api yang perlahan.

10.Bila tauhu dah bertukar warna maknanya sudah masak.

11.Angkat dan sejukkan.

12.Bila dah sejuk baru potong.

13.Nak goreng tabur sedikit tepung jagung.

14.Siap digoreng.

Kredit: Zaimah Zakaria

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN