Ikan Tongkol Rendang Asam, Menu Makan Malam Yang Best

Share

Ikan tongkol rendang asam. Kalau dah lidah Melayu, mesti nak makan ada rasa pedas-pedas sikit. Lagi sedap kalau ada masam-masam juga. Hidangan ikan tongkol yang RASA kongsikan ini pasti menepati cita rasa untuk makan malam.

IKAN TONGKOL RENDANG ASAM

Bahan A
• 1 ekor ikan tongkol
• Garam
• Kunyit
• Minyak masak

Bahan B
• 2 batang serai
• Halia sebesar ibu jari
• 10 biji cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• Kunyit hidup sebesar jari kelingking
• 4 ulas bawang putih
• 2 biji bawang merah

Bahan C
• Air asam jawa

Cara membuat
1. Cuci bersih ikan tongkol. Lumurkan garam dan kunyit. Panaskan minyak masak dan goreng sekejap, jangan terlalu garing.
2. Sementara ikan digoreng, bahan-bahan B dikisar kasar. Kalau rajin, nak tumbuk pun boleh.
3. Angkat ikan dan kurangkan sedikit minyak dalam kuali tadi. Tumis bahan-bahan kisar tadi.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam kuali tadi dan kacau sampai pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ikan. Kacau-kacau kejap dan tutup api. Sedia dihidang.

Resipi oleh Lina dari Telegram KakiMakan

IKLAN