Untitled design - 2019-11-11T184110.465

Melihat Datin Paduka Eina Azman memasak di sosial media memang buat kita terliur rasa. Mereka yang tak pandai atau tak rajin ke dapur jadi semangat nak memasak buat yang tersayang bila lihat perkongsian resipi oleh beliau. Nampak mudah dan praktikal.

Istimewa dalam program RASA ANAK EMAK ANAK BAPAK MUSIM KEDUA beliau berkongsi resipi mudah yang digemari oleh ibunda tercinta. Komen ibunya tidak usah lagi ke restoran kegemaran bila merasa masakan Eina yang memang sedap ,cukup masam, pedas dan manis.

Lihat apa resipi rahsia beliau yang membuatkan rasanya enak dan berselera makan.

Ikan Siakap Stim Limau Masam Manis Air Tangan Datin Paduka Eina AzmanUntuk Ibu Tercinta

Ikan Siakap Stim Limau Masam Manis Air Tangan Datin Paduka Eina AzmanUntuk Ibu Tercinta

IKLAN

Ikan Siakap Stim Limau Masam Manis Air Tangan Datin Paduka Eina AzmanUntuk Ibu Tercinta
Ikan Siakap Stim Limau

BAHAN- BAHAN :
2 ekor ikan siakap
10 ulas bawang putih
4 batang serai
8cm halia
15 biji cili padi merah
2cm gula merah ( dihancurkan)
1 kiub pati ayam maggi
Sos ikan
3 biji Limau nipis
Gula dan garam secukup rasa
Daun ketumbar
Maggi – Secukup rasa

IKLAN

Cara memasak:
1. Letakkan ikan siakap yang telah dibuang sisik dan dibersihkan ke atas kertas foil. Belah ikan tersebut
dan perah limau nipis ke atas ikan tadi.
2. Masukkan halia yang dihiris dan serai yang telah dititik ke dalam ikan siakap.
3. Perasakan dengan Maggi Cukup Rasa. Taburkan ke atas ikan dan sedia untuk dikukus selama 15 minit.
4. Sementara tunggu ikan dikukus, boleh sediakan bahan untuk kuah cili.
5. Tumbuk bawang putih bersama cili padi. Masukkan gula merah, kiub pati ayam maggi
dan sedikit garam. Tumbuk sebati. kemudian masukkan gula dan sos ikan.
Lenyekkan dengan batu penumbuk agar semuanya sebati.
5. Tuang kuah cili tadi ke atas ikan yang sedang dikukus. Kemudian kukus lagi 5 minit.
6 Setelah itu tabur daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

Ikan Siakap Stim Limau Masam Manis Air Tangan Datin Paduka Eina AzmanUntuk Ibu Tercinta

IKLAN

Ikan Siakap Stim Limau Masam Manis Air Tangan Datin Paduka Eina AzmanUntuk Ibu Tercinta

Ikan Siakap Stim Limau Masam Manis Air Tangan Datin Paduka Eina AzmanUntuk Ibu Tercinta

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI