Ikan Goreng Kuah Masam Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap

Share

Tiada idea nak masak apa? Jom kita cuba resipi ikan goreng kuah masam manis yang dikongsi oleh Hana A Razak ini. Menunya cukup ringkas tapi membuka selera. Nak masaknya pun tidak susah. Jom kita lihat resipinya.

IKAN GORENG KUAH MASAM MANIS

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan kembung | digoreng
  • 2 sudu bawang putih dan bawang merah | dikisar
  • 2 sudu cili | dikisar
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • Gula perang
  • Garam
  • Capsicum
  • Lobak merah
  • Bawang besar | dihiris
  • Daun limau purut | dihiris
  • Gula perang

 

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau.

 

2. Masukkan cili kisar. Kalau nak pedas, boleh tambah lagi cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

 

3. Masukkan sos tomato, sos cili dan gula perang sedikit untuk menyeimbangkan rasa.

 

4. Tambahkan juga garam.

5. Kemudian, masukkan lobak merah, bawang besar dan daun limau purut.

 

6. Bila lobak merah sudah separuh masak, letakkan capsicum.

 

7. Dah cukup semua rasa, boleh tutup api.

 

8. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam dan goreng sehingga masak.

9. Kemudian, masukkan ikan di dalam pinggan dan tuangkan kuah masam manis tadi.

10. Siap. Selamat memasak dan selamat makan.

 

Kredit resipi dan foto: Hana A Razak

 

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN