Ikan Bakar Sambal Perap, Dibalut Daun Kunyit Memang Mantap

Share

Kalau sebelum ini kita biasa makan ikan bakar yang disalut garam dan kunyit sahaja, kali ini kita buat ikan bakar yang diperap sambal pula. Kemudian, dibalut dengan daun kunyit ataupun daun pisang lalu dibakar. Memang enak betul rasanya.

Dapat pula ikan bakar sambal perap ini dicicah dengan air asam. Memang makan dah tak pandang kiri dan kanan. Makin menambah nasinya. Seronok juga kalau dapat buat semasa perjumpaan keluarga. Buat ramai-ramai, bakar ramai-ramai, dan makan pun ramai-ramai.

Jom cuba buat Ikan Bakar Sambal Perap yang enak ini hasil perkongsian resipi daripada Nasriah Ramli

. Memang terangkat habis!

IKAN BAKAR SAMBAL PERAP

(SAMBAL PERAP)

BAHAN-BAHAN:

Ikan

Petai – Boleh beli online di sini

Sos tiram – Boleh beli online di sini

Air asam jawa

Gula perang – Boleh beli online di sini

Garam

Daun limau purut

Daun kunyit

BAHAN KISAR:

Cili kering

Lengkuas – Boleh beli online di sini

Halia

Bawang putih

Bawang merah

Kunyit hidup – Boleh beli online di sini

Serai

Ikan bilis atau udang kering – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Tumis bahan-bahan kisar di atas sehingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan perahan air asam jawa.

Masak sehingga kering.

Masukkan pula sos tiram.

Kemudian, masukkan juga gula perang.

Masukkan garam secukup rasa.

Jika terlalu pekat atau kering, boleh tambahkan sedikit air.

Masukkan pula hirisan daun limau purut dan daun kunyit.

Akhir sekali, masukkan petai. Sejukkan.

Setelah sambal sejuk, lumurkan pada ikan.

Balut ikan dalam daun kunyit atau daun pisang.

Perapkan 30 minit sebelum dibakar.

(AIR ASAM)

BAHAN-BAHAN:

Cili merah*

Cili hijau*

Cili api*

Tomato* – Boleh beli online di sini

Bawang besar*

Gula

Air asam jawa

Belacan – Boleh beli online di sini

Air limau nipis

CARA MEMASAK:

Semua bahan bertanda (*) di atas dihiris nipis.

Kemudian, gaul dan lenyekkan bersama garam, gula, air asam jawa dan belacan.

Akhir sekali, perahkan air limau nipis. Nak sedap lagi, boleh letakkan kerisik dan isi ikan rebus.

Dah siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit: Nasriah Ramli

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN