Makan

Resipi Mi Kari Stail Chinese Ipoh Paling Sedap & Padu, Sekali Cuba Terus Teringat!

Share

Mi Kari Stail Chinese Ipoh memang antara hidangan yang cukup menggoda selera. Kuahnya cair-cair, cukup rasa rempah dan santan, memang puas makan. Kalau terasa nak makan mi kari sedap yang simple dan tak renyah, resipi ini memang kena cuba.

Resipi perkongsian saudari Dora Nurlaily KJ ini menggunakan bahan yang ringkas dan mudah didapati. Walaupun nampak mudah, rasa Mi Kari Stail Chinese Ipoh ini memang padu dan berselera. Jom kita tengok cara penyediaannya.

Cara Masak Mi Kari Stail Chinese Ipoh

Bahan A (Kisar Halus):

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 batang serai – titik

Bahan B:

  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan)
  • 1 kotak santan kara
  • Fishball
  • Fishcake
  • Tofu kosong
  • 2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa

Bahan C (Hiasan):

  • Taugeh – tak perlu celur
  • Daun bawang

Cara Memasak Mi Kari Stail Chinese Ipoh

  1. Panaskan minyak dan goreng serai sehingga naik bau harum.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan cili kisar yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga kering air sebanyak 3 kali untuk mendapatkan rasa rempah yang lebih pekat.
  4. Tambah air secukupnya diikuti santan kara, kiub ayam, garam dan gula. Kacau sehingga sebati dan rasa cukup seimbang.
  5. Masukkan fishball, fishcake dan tofu kosong. Biarkan kuah Mi Kari Stail Chinese Ipoh mendidih sehingga semua bahan masak sempurna.
  6. Apabila kuah sudah siap, bolehlah dihidangkan bersama apa sahaja mee pilihan dan ditabur taugeh serta daun bawang.

Nota Penting Untuk Kuah Mi Kari Stail Chinese Ipoh Lebih Sedap

Minyak jangan terlalu banyak kerana nanti bila makan bersama mee akan cepat muak. Kuah Mi Kari Stail Chinese Ipoh ini memang konsepnya cair-cair sahaja, tetapi cukup rasa rempah dan santan. Itulah yang membezakan stail Chinese Ipoh dengan mi kari lain yang lebih pekat.

Jika suka, boleh tambah fucuk ikan goreng sebagai pelengkap. Gabungan kuah yang berempah sederhana, santan yang lemak dan tekstur fishball yang kenyal memang menjadikan Mi Kari Stail Chinese Ipoh ini antara menu yang cepat habis di meja makan.

Kenapa Mi Kari Stail Chinese Ipoh Jadi Pilihan Ramai?

Keistimewaan Mi Kari Stail Chinese Ipoh terletak pada kuahnya yang ringan tetapi tetap kaya rasa. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu berminyak, sesuai untuk yang mahukan hidangan lebih seimbang dan tidak terlalu berat.

Resipi ini juga fleksibel. Anda boleh ubah suai bahan seperti menambah udang, ayam atau kerang mengikut selera. Namun versi asalnya yang simple inilah yang membuatkan ramai jatuh hati. Mudah, cepat dan sedap.

Kredit resipi & foto: Dora Nurlaily KJ 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Published by
Nur