Homemade Kentang Goreng Krup Krap, Sedap Makan Sambil Layan Bola!

Share

Snek ringan yang boleh buat kita tidak sedar makan sampai habis licin.

KENTANG GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji kentang
  • 2 sudu makan cuka
  • 500ml air
  • Sedikit perencah mi segera kari
  • Sedikit perencah serbuk perasa
  • Minyak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Hiriskan kentang nipis-nipis menggunakan pisau buah.

2. Didihkan air bersama cuka makan terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api dan biarkan selama 3 minit.

3. Angkat dan cuci kentang tersebut. Toskan sebelum menggoreng.

4. Panaskan minyak goreng. Goreng dengan api sederhana besar.

4. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.

5. Taburkan sedikit perencah mi segera kari dan perencah serbuk perasa atau apa-apa petencah yang anda suka.

KREDIT GAMBAR & RESIPI: Annie Roslan

IKLAN