Himpunan Resipi Pisang Goreng Homemade Yang Sedap & Mudah

Share

Sedapnya Pisang Goreng. Ia merupakan salah satu ‘street food’ kegemaran rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai resipi bancuhan tepung pisang goreng yang ada dimana yang membezakannya adalah dari segi bahan tambahan, dan juga teknik gorengannya. Jom lihat seleksi resipi yang ada dan cuba salah satu yang menjadi pilihan anda.

 

1.PISANG GORENG RANGUP TANPA KAPUR

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air, tepung gandum dan tepung beras ke dalam mesin pengisar / blender.

2. Kemudian tambahkan marjerin, garam secukup rasa dan serbuk kunyit.

3. Kisar hingga semua bahan sebati dan menjadi bancuhan yang tidak berketul dan lembut.

4. Sedia untuk dicelup dengan pisang atau lain-lain bahan ikut citarasa.

5. Goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan dan garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aini Ahmad

 

2. PISANG GORENG LETAK BIJAN

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua kecuali pisang.

2. Kacau sebati menggunakan whisk atau senduk. Pastikan adunan bercampur rata dan tidak berketul.

3. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali menggunakan api sederhana.

4. Bila minyak sudah panas, celupkan pisang dan goreng seperti biasa.

5. Bila sebelah pisang sudah garing, terbalikkan dan masaklah hingga pisang garing dan masak sempurna.

6. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati bersama sambal kicap.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

3. PISANG GORENG GUNA TEPUNG BERAS & TEPUNG JAGUNG

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras beli online disini
2 sudu makan tepung jagung beli online disini
1 biji kuning telur
1/2 sudu makan air kapur beli online disini
Gula dan garam secukup rasa
Secubit serbuk kunyit beli online disini
Ais ketul
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas. Campur dan adun sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2. Celup pisang. Bila melekat elok itu tandanya adunan sudah sempurna.
3. Panaskan minyak masak dan goreng pisang hingga habis.


4. Angkat, toskan minyak dan Pisang Tepung Goreng Tepung rangup sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Wani Suhaimi

 

4.RESIPI PISANG GORENG GAYA KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.

2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.

3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)

4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. 

Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.

5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.

6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.

7. Sedia untuk dinikmati.

8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!

 

5. PISANG GORENG GUNA TEPUNG UBI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus tepung beras cap gajah beli online disini
  • 5 sudu makan tepung ubi beli online disini
  • 2 biji telur – dipukul
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu teh garam
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit air kapur
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.

2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.

3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.

4. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Surianti Abd Aziz

 

6. PISANG GORENG RESIPI PENIAGA

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

  1. Dalam bekas yang bersesuaian, satukan semua bahan dan bancuh hingga tiada ketulan.

2. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair. Kepekatannya perlu sedang-sedang sahaja.

3. Kemudian bolehlah digunakan untuk mencelup pisang, cempedak atau apa-apa sahaja yang bersesuaian. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Yayar B. Awang Noh

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN