Hikmah Pandemik, Wanita Ini Lebih Yakin Hasilkan Fucuk Sendiri

Share

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan, banyak perkara menjadi terhad dan pergerakan juga tidak bebas.

Maka atas inisiatif sendiri, wanita dari Selayang ini, Siti Zara’s dapat belajar dan menghasilkan fucuk sendiri. Memang puas hati kerana lebih yakin dengan kebersihan makanan itu sendiri.

Nak buat pun sangat senang dan bahan mudah didapati. Jom kita buat!

FUCUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

Kacang soya


Air
*tiada kuantiti yang spesifik kerana bergantung kepada berapa banyak yang anda nak buat.

CARA-CARA:

1.Rendam kacang soya semalaman. Selepas semalaman, buang kulitnya. Tak dapat buang semua pun okay, yang penting 50 peratus dapat buang.


2. Basuh lagi kacang soyang telah dibuang kulitnya dan toskan. Kemudian, kisar soya menggunakan formula nisbah air 1:2 (1 untuk air, 2 untuk soya). Tapis airnya.


3. Kemudian, masak air soya di atas dapur. Untuk proses ini, boleh guna apa-apa bekas periuk. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana kecil ye. Saya guna bekas makanan buffet

. Gunakan kaedah double boil, hasilnya lagi cantik. Tidak perlu kacau.


4. Lama-kelamaan, lapisan fucuk akan terbentuk pada permukaan air soya tu akan jadi mengeras. Lebih kurang ada lapisan yang kekuningan berkedut-kedut. Kemudian, boleh angkat menggunakan lidi sate yang panjang tu. Atau boleh juga gunakan chopstick.


5. Kemudian, cara jemurnya sama seperti macam nak jemur tuala. Biar sampai kering betul. Jika tidak ia akan berkulat. Selepas itu, boleh ulang proses tadi sampai dapat banyak.

Kredit: Siti Zara’s

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN