Hanya Gunakan Madu & Bawang Putih Untuk Hilangkan Batuk

Share

Cuaca Malaysia yang sentiasa berubah panas dan lembap adalah salah satu faktor untuk mudah diserang batuk. Terutama sekali bila tiba musim perayaan, kita akan makan pelbagai makanan yang boleh menjadi pencetus batuk. Selain ubat batuk yang boleh didapati di klinik atau farmasi, kita boleh menggunakan cara semulajadi.

Menerusi perkongsian Puan Iza Haliza Mohd Zain, memberi petua mudah untuk menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan madu dan bawang putih. Antara yang diperlukan ialah:

BAHAN-BAHAN

  • 1 botol kecil madu
  • 3 ulas bawang putih

CARA-CARA

  1. Bawang putih dicincang halus.
  2. Campurkan madu dengan bawang putih. Biarkan selama 3 jam.
  3. Cadangan pengambilan, setiap jam minum satu sudu makan.

Kredit resipi dan gambar: Iza Haliza Mohd Zaid

IKLAN