Raikan Ramadan & Aidilfitri Bersama Hameediyah, Dari Iftar Nasi Kandar Hingga Pakej Open House Eksklusif

Share

Hameediyah Ramadan 2026 kembali mencuri perhatian dengan pelbagai promosi menarik sempena Ramadan dan Aidilfitri. Apabila tibanya Ramadan dan Syawal, satu perkara yang paling dinanti-nantikan selain ibadah dan silaturahim ialah juadah yang menghidupkan suasana. Tahun 2026 menyaksikan Hameediyah, jenama nasi kandar legenda yang telah bertapak sejak 1907, tampil dengan pelbagai promosi menarik sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Daripada set iftar untuk dinikmati bersama keluarga di rumah hinggalah pakej katering rumah terbuka, semuanya disusun rapi untuk memudahkan pelanggan menikmati hidangan autentik penuh cita rasa tanpa perlu bersusah payah.

Jom Iftar Nasi Kandar Bersama Hameediyah Ramadan 2026

Sepanjang 15 Februari hingga 18 Mac 2026, promosi “Jom Iftar Nasi Kandar” Early Bird Take Out Special diperkenalkan khas untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa dengan hidangan lengkap tanpa perlu bersesak di restoran. Konsepnya mudah, anda hanya perlu buat pesanan dan pihak Hameediyah akan sediakan untuk dibawa pulang.

Antara set yang ditawarkan termasuk:

Set A (2 pax RM70 | 4 pax RM130)

Hidangan seperti Ayam Bawang Rawther, Daging Rendang Mamu, Kambing Mysore, Telur Sotong, Kobis Goreng Mamak dan Peria Goreng disertakan bersama nasi putih, dhalcha sayur, sambal nyiok, kuah campur, papadom serta pilihan telur masin atau telur rebus. Lengkap dan mengenyangkan.

Set B (2 pax RM70 | 4 pax RM130)

Menampilkan Nasi Briyani bersama Kari Udang Harimau XL, Ayam Bawang Rawther dan Daging Rendang Mamu. Kombinasi lauk laut dan darat ini cukup memikat selera, ditambah sayur-sayuran dan kuah campur yang sinonim dengan nasi kandar.

Set C & Set D (2 pax RM100 | 4 pax RM190)

Untuk yang mahukan variasi lebih premium, terdapat pilihan seperti Udang Harimau Goreng XL, Ayam Kapitan, Ikan Merah Kari, Kurma Kambing Kampung dan Nasi Dhalcha. Set ini sesuai untuk keluarga besar atau jamuan kecil berbuka puasa.

Family Set II (4 pax RM250 | 6 pax RM350)

Set lebih mewah dengan pilihan seperti Rawther Briyani, Lamb Shank, Sum Tulang Kambing, Jumbo Squid Goreng dan Bubur Cha Cha serta Sirap Bandung Selasih sebagai pencuci mulut. Memang sesuai untuk majlis berbuka bersama ahli keluarga yang ramai.

 

Semua set ini tertakluk untuk take away sepanjang Ramadan, dengan waktu akhir pesanan pada jam 6 petang setiap hari.

Briyani Buluh Kambing Dalam Hameediyah Ramadan 2026

Antara tarikan istimewa ialah Jom Iftar Briyani Buluh Kambing. Nasi briyani yang dimasak perlahan di dalam buluh bersama kambing lembut dan rempah ratus istimewa memberikan aroma smokey yang unik dan menyelerakan.

Dengan harga promosi 2 pax RM45, set ini sangat berbaloi untuk dinikmati bersama pasangan atau rakan. Malah, promosi “Ramadan Super Savers” turut menawarkan kempen Buy 5 Free 1, serta percuma murtabak atau pasembor untuk pembelian RM200 ke atas (tertakluk terma dan syarat).

Juadah Istimewa Iftar & Set Ramadan Berkah

Bagi pelanggan di Hameediyah Bistro, Ampang, turut ditawarkan promosi Juadah Istimewa Iftar termasuk diskaun 50% untuk All Fresh Coconut serta diskaun 10% untuk semua Murtabak & Mee Goreng Rawther dengan setiap set.

Set Ramadan Berkah (4 pax RM235)

Menghidangkan Kari Kepala Ikan, Sotong Goreng Viral, Sambal Udang Campbell, Telur Kurma dan pelbagai hidangan sampingan termasuk kobis goreng, bendi rebus serta minuman Bandung Ice Selasih dan Rawther Cendol.

Set Ramadan Kurnia (4 pax RM285)

Lebih premium dengan Lamb Shank, Udang Harimau Jumbo Goreng, Telur Dadar dan Raita Bawang. Gabungan lauk klasik dan moden yang sesuai untuk sesi berbuka penuh keceriaan.

Aidilfitri Open House Promo Hameediyah Ramadan 2026

Bukan sekadar untuk Ramadan, pakej Aidilfitri Open House Promo berlangsung dari 17 Mac hingga 30 April 2026. Pakej jamuan hari raya ini sesuai untuk rumah terbuka, pejabat atau majlis korporat.

Tiga pilihan pakej utama ditawarkan:

  • Sesuci Aidilfitri (RM45 seorang)
  • Riang Raya Aidilfitri (RM50 seorang)
  • Salam Aidilfitri (RM60 seorang)

Antara menu yang disediakan termasuk Lemang, Nasi Impit, Ketupat Palas, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Serunding serta pelbagai hidangan Nasi Briyani, Ayam Bawang Rawther, Mutton Dhalcha dan aneka kuih Melayu & Nyonya.

Menariknya, terdapat juga pilihan add-ons seperti Kambing Panggang Berempah, Noodle Action Counter (Mee Rojak/Mee Kari), Pasembor Counter, Assorted Dessert Counter dan Ais Kacang atau Cendol Action Counter.

Dengan minimum 30 pax, pelanggan turut menikmati penghantaran percuma dalam radius 10km dari KL City Centre. Tempahan awal sebelum 1 Mac pula layak menerima diskaun early bird dan pelbagai tawaran eksklusif.

Tradisi Sejak 1907, Rasa Kekal Autentik

Sebagai restoran nasi kandar tertua di Malaysia, Hameediyah bukan sekadar menjual makanan, ia turut menjual warisan rasa yang telah dinikmati turun-temurun. Setiap lauk dimasak dengan resipi asli dan rempah ratus yang mengekalkan identiti tersendiri.

Sama ada untuk berbuka puasa bersama keluarga, menjamu rakan sekerja atau penganjuran rumah terbuka Aidilfitri yang meriah, semuanya tersedia dalam satu jenama yang dipercayai ramai.

Ramadan ini, biar meja iftar dan Syawal anda dipenuhi aroma nasi kandar legenda. Anda order, mereka hantar. Mudah, lazat dan penuh tradisi bersama Hameediyah.

Published by
Naqiyatul Uzma